Tarikh      :  16 Jun 2024 (Ahad)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Sekolah Menengah


Tujuan :

Mengajar dan memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengenalan dan perubahan jirim. Para peserta juga akan mempelajari perubahan tersebut melalui aktiviti membuat aiskirm Malaysia.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang pengenalan jirim dan proses berlakunya jirim melalui pembelajaran video di youtube. Petugas menunjukkan demontrasi cara-cara membuat aiskrim Malaysia dengan menggunakan teknik tindak balas ais batu dan garam. Para peserta membuat aiskrim Malaysia tersebut sehingga selesai.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  12 Jun 2024 (Rabu)

Masa       :  Jam 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa


Tujuan :

Tujuan pendaftaran dan pembukaan akaun bank ini adalah untuk memudahkan segala urusan peserta untuk membuat sebarang transaksi pembayaran secara atas talian.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas tentang kaedah untuk membuat pendaftaran akaun bank secara atas talian kepada peserta. Peserta dibantu oleh petugas semasa membuat pendaftaran akaun bank dengan mengisi segala butiran maklumat yang diperlukan oleh sistem pendaftaran. Setelah selesai, peserta boleh melakukan sebarang transaksi pembayaran melalui perbankan internet.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  15 Jun 2024 (Rabu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah


Tujuan :

Memberikan pendedahan kepada para peserta berkenaan jenis-jenis deria yang terdapat pada manusia.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan tentang pengenalan deria manusia kepada para peserta. ii. Petugas berinteraksi dengan para peserta supaya para peserta lebih fokus dan memahami dengan penerangan tersebut. iii. Para peserta menjawab soalan kuiz yang diberikan secara online sebagai pengujian tahap pemahaman mereka.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  9 Jun 2024 (Ahad)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah


Tujuan :

Mengajar para peserta menggunakan kaedah pencarian maklumat di internet dengan betul dan pantas.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas kepada para peserta tentang langkah-langkah untuk mencari maklumat dengan betul di internet. Peserta memberi latihan kepada para peserta dengan memberi beberapa soalan kuiz secara lisan. Para peserta menjawab soalan kuiz dengan mencari jawapan di internet menggunakan teknik yang betul dan cepat.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  09 Jun 2024 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa


Tujuan :

Mempelajari asas Microsoft Office Power Point dengan lebih mendalam supaya para peserta dapat memahami akan penggunaan perisian tersebut terutamanya semasa membuat sesi pembentangan tugasan.

Aktiviti :

Petugas memberi tunjuk ajar para peserta tentang langkah-langkah menggunakan tools perisian Power Point. Para peserta di ajar berkenaan cara untuk membuat pautan, transisi dan animasi pada paparan slide supaya kelihatan menarik. Para peserta diberi latihan pengukuhan supaya para peserta faham tentang pembelajaran tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti