|
Tujuan :
Untuk membantu para peserta supaya lebih mahir menggunakan aplikasi canva dan melatih para peserta supaya lebih kreatif dalam mereka bentuk poster yang cantik.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan berkenaan penggunaan tools yang terdapat pada aplikasi canva. Petugas membantu para peserta dalam memberi idea untuk membuat poster infografik yang kreatif dan cantik. Para peserta memulakan pencarian maklumat berkenaan tajuk tema poster yang dipilih di internet. Para peserta membuat reka bentuk poster dengan menggunakan beberapa elemen yang terdapat pada aplikasi canva. Para peserta meuat naik dan menghantar poster infografik tersebut kepada guru melalui pautan google form yang telah disediakan.
Tarikh : 03 Mei 2024 (Jumaat) Masa : Jam 03:00 Petang - 05.00 Petang Lokasi : NADI Taman Bukit Inai Peserta : Dewasa |
Tujuan :
Tujuan kemaskini ini dilakukan adalah untuk membuat perancangan pembelajaran harian sebelum para guru melaksanakan sesi pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, memudahkan urusan para guru membuat perancangan pembelajaran secara tersusun dan sistematik.
Aktiviti :
Pengguna memasukkan id pengguna dan kata laluan ke dalam sistem Rancangan Pembelajaran Harian (RPH). Pengguna membuat kemaskini dengan memasukkan perancangan pembelajaran harian ke dalam sistem RPH. Pengguna membuat senarai mata pelajaran dan tajuk pembelajaran yang akan diajar mengikut sesi kelas seperti di dalam jadual kelas. Setelah selesai mengemaskini data RPH, pengguna log keluar daripada sistem RPH tersebut.
|
Tujuan :
Pengguna memuat turun borang Lesen Vokasional (JPJ) atas talian bagi memulakan proses pembaharuan lesen tanpa perlu ke kaunter. Selain itu, dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan proses pembaharuan.
Aktiviti :
Pengguna membuka laman web JPJ, kemudian memuat turun borang Lesen Vokasional (JPJ) dan mencetak borang tersebut.
Tarikh : 02 Mei 2024 (Khamis) Masa : Jam 10.00 Pagi - 11.00 Pagi Lokasi : NADI Taman Bukit Inai Peserta : Dewasa |
Tujuan :
Pengguna membuat sebut harga bagi tujuan untuk diberikan kepada pembeli atau pelanggan yang berurusan dengan pengguna.
Aktiviti :
Pengguna membuka perisian microsoft word, kemudian pengguna memulakan suntingan untuk membuat sebut harga, setelah selesai menyunting sebut harga, pengguna simpan fail dan diberikan kepada pelanggan dalam bentuk pdf melalui apliksi whatsapp.
|
Tujuan :
Melatih pengguna untuk lebih kreatif dalam penghasilan gambar polaroid. Di samping itu dapat menambah pendapatan sampingan pengguna dan meningkatkan pengetahuai ICT pengguna terutamanya dalam perisian adobe photoshop
Aktiviti :
Pengguna memuat turun gambar-gambar yang diberikan oleh pelanggan melalui aplikasi whatsapp. Kemudian pengguna menyunting gambar tersebut menjadi polaroid dengan menggunakan perisian adobe photoshop.