Tarikh      :  13 Ogos 2024 (Selasa)

Masa       :  Jam 9.30 Pagi - 10.30 Pagi

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   : Wanita

Tujuan :

Untuk membuat pendaftaran kad ahli baru di petrol pam CALTEX.

Aktiviti :

Petugas mengajar pengguna membuka komputer dan mencari pendaftaran kad ahli baru di web CALTEX. Kemudian peserta mengisi segala maklumat yang diperlukan dalam web pendaftaran CALTEX. Setelah selesai mengisi maklumat yang diperlukan, pengguna menghantar maklumat tersebut secara atas talian dan pendaftaran berjaya.

Lampiran Gambar Aktiviti

Tarikh      :  04 Ogos 2024 (Ahad)

Masa       :  Jam 12.00 Tengahari - 1.00 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   : Pelajar IPT

Tujuan :

Pengguna menggunakan komputer dan perisian Microsoft Office : Word membuat surat rasmi iaitu Surat Aku Janji untuk tujuan diberikan kepada IPT pengguna. 

Aktiviti :

Petugas mengajar pengguna untuk menggunakan komputer dan perisian Microsoft Office : Word, setelah pengguna faham cara penggunaan, petugas memberikan contoh surat kepada pengguna dan pengguna mula menaip surat tersebut. Selesai menaip surat, pengguna mencetak surat tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti

Tarikh      :  03 Ogos 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   : Sekolah Rendah

Tujuan :

Sempena bulan merdeka, petugas mengajar dan memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan Jalur Gemilang (Bendera Malaysia) dan juga Bunga Raya (Bunga Kebangsaan).

Aktiviti :

Petugas mengajar para peserta dengan membentangkan sedikit slide berkaitan Jalur Gemilang (Bendera Malaysia) dan juga Bunga Raya (Bunga Kebangsaan). Petugas memberi pendedahan berkaitan warna dan juga maksud yang ada pada bendera dan juga bunga. Setelah selesai mengajar, petugas memberi para peserta helaian kertas untuk diwarnakan megikut apa yang telah diajar.

Lampiran Gambar Aktiviti

Tarikh      :  10 Ogos 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   : Sekolah Rendah

Tujuan :

Mengajar para peserta berkaitan Pengenalan Asas Jawi.

Aktiviti :

Petugas mengajar dan memberi pendedahan kepada para peserta berkaitan asas tulisan jawi. Setelah selesai mengajar, petugas menguji peserta dengan memberi kuiz secara atas talian menggunkan Wordwall dan Quizizz.

Lampiran Gambar Aktiviti

Tarikh      :  03 Ogos 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   : Wanita

Tujuan :

Untuk membuat pendaftaran dan permohonan sijil perniagaan Malaysia (SSM) secara atas talian tanpa perlu ke kaunter.

Aktiviti :

Petugas mengajar pengguna untuk log masuk ke dalam EzBiz - SSM Online Business Registration, kemudian pengguna diminta untuk melengkapkan butiran yang diminta pada EzBiz bagi tujuan pendaftaran dan permohonan SSM. Setelah selesai melengkapkan butiran, petugas mengajar pengguna cara untuk membuat bayaran dan menghantar permohonan. Keputusan boleh disemak dalam tempoh 3 hari waktu bekerja.

Lampiran Gambar Aktiviti