Tarikh      :  02 Ogos 2024 (Jumaat)

Masa       :  Jam 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   : Wanita

Tujuan :

Untuk membuat permohonan anak pengguna ke sekolah khusus.

Aktiviti :

Petugas mengajar pengguna membuka komputer, setelah itu mencari sekolah khusus yang ingin dimohon, kemudian log masuk ke sekolah tersebut. Setelah selesai log masuk, pengguna perlu mengisi butiran yang diperlukan sehingga lengkap, setelah lengkap mengisi barulah pengguna menghantar permohonan.

Lampiran Gambar Aktiviti

Tarikh      :  01 Ogos 2024 (Khamis)

Masa       :  Jam 2.00 Petang - 3.00 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   : Sekolah Rendah

Tujuan :

Untuk mencari sumber maklumat menggunakan internet.

Aktiviti :

Petugas mengajar peserta untuk membuka komputer, kemudian menunjukkan peserta bagaimana untuk menggunakan internet bagi mencari maklumat.

Lampiran Gambar Aktiviti

Tarikh      :  28 Julai 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

Tujuan :
Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta berkenaan sifat bahan bagi asid, alkali dan neutral serta menguji beberapa bahan tersebut melalui eksperimen menggunakan kertas litmus.

Aktiviti :
Petugas memberi penerangan kepada para peserta berkenaan pengenalan asid, alkali dan neutral. Petugas memberi penerangan langkah-langkah untuk membuat eksperimen terhadap bahan menggunakan kertas litmus. Para peserta menjawab kuiz secara atas talian berkenaan tajuk pembelajaran tersebut. 

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  01 Ogos 2024 (Khamis)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   : Sekolah Rendah

Tujuan :

Mencari sumber maklumat menggunakan chatGPT.

Aktiviti :

Petugas mengajar pengguna membuka komputer, kemudian membuka laman web google dan menaip chatGPT pada laman web. Seterusnya petugas juga mengajar pengguna bagaimana untuk menggunakan chatGPT untuk mencari maklumat. 

Lampiran Gambar Aktiviti

Tarikh      :  13 Julai 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa

Tujuan :
Membantu dan memudahkan urusan para peserta untuk log masuk sebarang aplikasi yang ingin digunakan sekiranya terlupa kata laluan aplikasi tersebut.

Aktiviti :
Petugas memberi pengenalan berkenaan MyDigital ID kepada para peserta dan penggunaannya. Para peserta membuat pendaftaran akaun MyDigital ID melalui kiosk yang berada di NADI Taman Bukit Inai. Para peserta mencuba menggunakan aplikasi tersebut apabila berjaya membuat pendaftaran aplikasi tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti