Tarikh      :  06 Julai 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Sekolah Menengah


Tujuan :

Untuk memberi pendedahan kepada peserta berkaitan penggunaan kata perintah dengan betul, meningkatkan kemampuan berkomunikasi, efisiensi dalam penyampaian pesanan, meningkatkan kemampuan menulis dan interaksi sosial.

Aktiviti :

Petugas mengajar dan memberi contoh kepada peserta dengan menunjukkan slide pembentangan. Kemudian peserta diuji tentangan pemahaman mereka dengan menjawab kuiz menggunakan Kahoot, Quizzizz dan Wordwall.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  04 Julai 2024 (Khamis)

Masa       :  Jam 5.00 Petang - 6.00 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Belia

Tujuan :

Untuk membuat permohonan bantuan kewangan sambung belajar ke peringkat IPT bagi anak kelahiran Negeri Sembilan.

Aktiviti :

Membuka laman web Portal Rasmi Kerajaan Negeri Sembilan, kemudian memuat turun borang yang diperlukan dan mencetak borang tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  22 Jun 2024 (Rabu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah


Tujuan :

Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta berkenaan jenis-jenis sistem pernafasan yang terdapat pada haiwan.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan kepada para peserta berkenaan sistem yang terdapat pada pernafasan haiwan. ii. Petugas memberi soalan kuiz secara lisan dan para peserta perlu menjawab soalan yang diberikan secara bertulis di hadapan papan putih. iii. Para peserta diberikan kuiz secara atas talian seperti wordwall dan quizizz berdasarkan tajuk pembelajaran.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  04 Julai 2024 (Khamis)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Belia

Tujuan :

Peserta membuat QR code bertujuan untuk memudahkan transaksi pembayaran. 

Aktiviti :

Peserta log masuk ke akaun bank terlebih dahulu. Kemudian peserta klik butang tunjukkan QR code pada akaun bank. Seterusnya peserta menyimpan fail QR code dalam bentuk PDF dan peserta mencetak QR code tersebut. 

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :   14 Jun 2024 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 4.30 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa


Tujuan :

Melatih dan meningkatkan kemahiran ICT peserta di dalam teknik pemasangan wireless adapter mudah alih tersebut. Peserta juga dapat meningkatkan pengetahuan berkenaan perkembangan teknologi terkini.

Aktiviti :

Petugas membantu peserta dengan menerangkan panduan yang dibekalkan oleh peranti tersebut tentang langkah-langkah untuk memasang peranti tersebut. Peserta mengikuti langkah-langkah pemasangan peranti tersebut sehingga selesai. Setelah selesai peserta mencuba peranti tersebut sama ada berfungsi dengan baik atau tidak.

Lampiran Gambar Aktiviti