|
Tujuan :
Mengajar dan memberi pendedahan kepada para peserta tentang pengenalan dan perubahan jirim. Para peserta juga akan mempelajari perubahan tersebut melalui aktiviti membuat aiskirm Malaysia.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan kepada para peserta tentang pengenalan jirim dan proses berlakunya jirim melalui pembelajaran video di youtube. Petugas menunjukkan demontrasi cara-cara membuat aiskrim Malaysia dengan menggunakan teknik tindak balas ais batu dan garam. Para peserta membuat aiskrim Malaysia tersebut sehingga selesai.