|
Tujuan :
Mempelajari asas Microsoft Office Power Point dengan lebih mendalam supaya para peserta dapat memahami akan penggunaan perisian tersebut terutamanya semasa membuat sesi pembentangan tugasan.
Aktiviti :
Petugas memberi tunjuk ajar para peserta tentang langkah-langkah menggunakan tools perisian Power Point. Para peserta di ajar berkenaan cara untuk membuat pautan, transisi dan animasi pada paparan slide supaya kelihatan menarik. Para peserta diberi latihan pengukuhan supaya para peserta faham tentang pembelajaran tersebut.