|
Tujuan :
Meningkatkan pengetahuan para peserta di dalam mengenali jenis-jenis organ yang terdapat pada badan manusia.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan kepada para peserta berkenaan jenis-jenis organ yang terdapat pada badan manusia. Para peserta menjawab soalan kuiz secara atas talian untuk menguji tahap pemahaman para peserta selepas sesi pembelajaran.
|
Tujuan :
Memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan cara-cara menghasilkan poster bertemakan infografik berdasarkan tajuk yang diberikan iaitu cara-cara menjaga kebersihan diri.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan tentang penggunaan aplikasi canva sebelum menghasilkan poster infografik. Petugas memberikan tajuk yang perlu dilakukan oleh para peserta bagi menghasilkan poster infografik mengikut tajuk tugasan. Para peserta menghasilkan poster tersebut menggunakan aplikasi canva.
|
Tujuan :
Mengemaskini profil dalam sistem idMe (KPM) untuk tujuan persekolahan.
Aktiviti :
Pengguna membuka komputer, kemudian melayari internet untuk membuka laman web idMe bagi mengemaskini data pelajar (anak pengguna).
Tarikh : 25 Julai 2024 (Khamis) Masa : Jam 3.00 Petang - 4.00 Petang Lokasi : NADI Taman Bukit Inai Peserta : Wanita |
Tujuan :
Tujuan membuat sebut harga barangan adalah untuk memudahkan urusan antara penjual dan pembeli untuk mengetahui senarai harga yang disenaraikan secara terperinci dan telus.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan ringkas dan memberikan beberapa contoh sebut harga di internet. Petugas membantu peserta dengan memberi tunjuk ajar tentang cara-cara membuat sebut harga barangan menggunakan Microsoft Word. Peserta memasukkan data sebut harga tersebut sehingga lengkap. Peserta menjadikan dokumen tersebut kepada format pdf sebagai simpanan dan mencetak sebut harga tersebut untuk dihantar kepada pelanggan.
|
Tujuan :
Untuk menguji tahap kemahiran peserta dalam menyediakan bahan pembentangan menggunakan Microsoft Office : Power Point dan menguji peserta dalam berkomunikasi dan membentang.
Aktiviti :
Peserta membuka komputer kemudian peserta memulakan suntingan menggunakan perisian Microsoft Office : Power Point mengikut kreativiti dan kemahiran peserta masing-masing. Setelah selesai, peserta membentangkan tugasan yang diberikan.