|
Tujuan :
Untuk membuat permohonan pembukaan akaun 3 KSWP dan permohonan untuk mengeluarkan KWSP.
Aktiviti :
Petugas mengajar peserta untuk log masuk ke dalam i-Akaun, kemudian peserta diminta untuk melengkapkan profil pada i-Akaun bagi tujuan membuka akaun 3. Setelah berjaya membuka akaun 3, petugas mengajar peserta cara untuk membuat permohonan pengeluaran KWSP.
|
Tujuan :
Peserta menggunakan komputer bertujuan untuk membuat surat rasmi.
Aktiviti :
Petugas membuka Microsoft Word dan mengajar peserta cara untuk membuat surat rasmi. Kemudian peserta membuat dan menyiapkan surat rasmi yang telah diajar.
|
Tujuan :
Membantu para usahawan di dalam mempromosikan jualan dan meningkatkan janaan pendapatan jualan produk para usahawan. Selain itu, memberi pendedahan kepada para usahawan tentang platform digital jualan yang boleh dilaksanakan oleh para usahawan.
Aktiviti :
Petugas NADI memberikan penerangan tentang pengenalan dan perkhidmatan yang disediakan di NADI. Para usahawan diberikan taklimat berkenaan asas shopee yang disampaikan oleh Rakan Digital NADI tentang cara membuka kedai dan memasukkan produk di shopee. Para usahawan juga diajar tentang penggunaan Chat GPT untuk memudahkan urusan para usahawan membuat huraian produk jualan. Para usahawan juga menjawab kuiz kahoot sebagai ujian tahap pemahaman mereka sepanjang sesi taklimat tersebut.
|
Tujuan :
Pelajar menggunakan perisian Canva untuk menyiapkan tugasan sekolah berkaitan pembuatan poster Amalan Baik.
Aktiviti :
Petugas memberi pengenalan kepada pelajar tentang perisian Canva supaya pelajar dapat memahami dan mengenali cara untuk menggunakan perisian tersebut. Kemudian petugas mengajar pelajar untuk mencari templet yang bersesuaian dan mengajar pelajar cara menyunting templet yang terdapat dalam Canva.
|
Tujuan :
Mengajar dan memberi pengetahuan kepada para pelajar supaya mengetahui dan memahami penggunaan penjodoh bilangan yang digunakan di dalam ayat.
Aktiviti :
Para peserta dapat meningkatkan pengetahuan dalam pembelajaran penjodoh bilangan. ii. Para peserta dapat bersaingan antara satu sama lain semasa menjawab kuiz penjodoh bilangan. iii. Para peserta dapat meningkatkan kemahiran dalam mencari dan menyampaikan maklumat daripada sumber internet.