|
Tujuan :
Tujuan pendaftaran dan pembukaan akaun bank ini adalah untuk memudahkan segala urusan peserta untuk membuat sebarang transaksi pembayaran secara atas talian.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan ringkas tentang kaedah untuk membuat pendaftaran akaun bank secara atas talian kepada peserta. Peserta dibantu oleh petugas semasa membuat pendaftaran akaun bank dengan mengisi segala butiran maklumat yang diperlukan oleh sistem pendaftaran. Setelah selesai, peserta boleh melakukan sebarang transaksi pembayaran melalui perbankan internet.