|
Tujuan :
Tujuan Program Mini Keusahawanan ini dilaksanakan adalah untuk membuka peluang dan ruang idea kepada para pengunjung dan para usahawan untuk meningkatkan kemahiran dalam bidang keusahawanan ke arah penggunaan secara digital.
Aktiviti :
Terdapat pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan antaranya adalah :
1. Sesi Taklimat dan Promosi Pusat Ekonomi Digital (PEDi) yang disampaikan oleh pengurus PEDi.
2. Sesi Taklimat dan Pembukaan Kaunter oleh pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Daerah SEREMBAN.
3. Sesi Taklimat Keusahawanan bersama Rakan Digital PEDi berkenaan penggunaan Kecerdasan Buatan (AI).
4. Sesi Taklimat Advokasi Klik Dengan Bijak (KDB) bertajuk Scammer.
5. Pertandingan Kecerdasan Buatan (AI) Kreatif oleh para usahawan dengan mengikut tema yang diberi.
6. Demonstrasi penghasilan set 'gift box' untuk menjana idea oleh para usahawan yang baru untuk memulakan perniagaan.
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan#sigFreeId98554600ac
BENGKEL eUSAHAWAN ONLINE MELALUI PENGGUNAAN LAMAN SOSIAL
FACEBOOK, INSTAGRAM DAN WHATSAPP
Satu bengkel e-Usahawan telah diadakan pada 19 Februari 2017 (Ahad) bagi memberi perdedahan kepada usahawan tempatan untuk memajukan lagi perniagaan mereka dalam media sosial dan pengiklanan internet supaya dapat meningkat hasil pendapatan. Sesi diikuti oleh 15 orang peserta dan dikendalikan oleh petugas PI Taman Bukit Inai dan penceramah dari MDEC untuk menjalankan bengkel ini.
Antara elemen-elemen yang terdapat dalam info penerangan:
- Pengenalan usahawan melalui PI.
- Pengenalan pengiklanan produk dalam internet.
- Cara-cara membina email baru khusus untuk perniagaan.
- Membuat helaian baru untuk mempromosi di “Facebook”.
- Mempelajari menembusi pasaran melalui “Facebook”.
- Menambah pengikut serta pelanggan dalam “Instagram”.
- 5 langkah “WhatsApp” mengorat pelanggan.
- Penjelasan dalam membina blogger khas perniagaan.
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/keusahawanan#sigFreeId976e69a8c1