Tarikh      :  15 Jun 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Remaja


Tujuan :

Meningkatkan pengetahuan peserta di dalam penggunaan ICT dan perisian Microsoft Office Word. Selain itu, peserta dapat mempelajari format-format yang ada pada surat rasmi supaya mudah untuk berurusan di dalam urusan rasmi.

Aktiviti :

Petugas menunjukkan format-format surat rasmi kepada peserta sebelum menaip di dalam Microsoft Word melalui pencarian di internet. Petugas menerangkan tools dan fungsi yang terdapat pada perisian Microsoft Word. Peserta diberikan latihan menaip surat rasmi berdasarkan contoh di internet supaya peserta dapat memahami penggunaan perisian tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  08 Jun 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa

Tujuan :

Peserta membuat sebut harga menu makanan untuk diberi ke pelanggan peserta.

Aktiviti :

Peserta membuka komputer, kemudian peserta membuka perisian Microsoft Word untuk digunakan bagi membuat / menyunting serbut harga. Setelah selesai menyunting sebut harga, peserta menyimpan fail dalam bentuk PDF dan word kemudian peserta memberi softcopy ke pelanggan peserta melalui aplikasi whatsapp.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  06 Jun 2024 (Khamis)

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Lepasan SPM

Tujuan :

Membeli pin Unit Pusat Universiti (UPU) bertujuan untuk mengisi / membuat permohonan sambung belajar di peringkat Universiti.

Aktiviti :

Pengguna membuka laman web Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk membeli pin UPU. Kemudian pengguna membuat bayaran secara atas talian, seterusnya pengguna membuka laman web Unit Pusat Universiti (UPU) unutk membuat permohonan di Universiti yang diinginkan. Pengguna melengkapkan butiran yang di minta dan menghantar permohonan.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  08 Jun 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah

Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan para peserta tentang Hari Raya Aidiladha / Hari Raya Haji / Hari Raya Korban yang disambut oleh umat islam.

Aktiviti :

Petugas memberi pengenalan dan pendedahan kepada para peserta tentang Hari Raya Aidiladha supaya para peserta dapat memahami dan mengenali apa itu Hari Raya Aidiladha / Hari Raya Haji / Hari Raya Korban. Setelah memberi pengenalan dan pendedahan, petugas menguji pemahaman peserta dengan memberi kuiz mengunakan Quizizz dan juga Wordwall.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  07 Jun 2024 (Jumaat)

Masa       :  Jam 2.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa

Tujuan :

Untuk membuat permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) secara atas talian tanpa perlu ke pejabat.

Aktiviti :

Pengguna log masuk ke akaun Skim Pembangunan Kesejahteraan Rakyat (e-SPKR) sebelum membuat permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT). Kemudian pengguna memasukkan butiran maklumat yang diperlukan sehingga lengkap. Seterusnya pengguna menghantar borang permohonan yang lengkap secara atas talian.

Lampiran Gambar Aktiviti