Air Terjun Jeram Kedah terletak antara Lenggeng dan Semenyih di Hutan Simpan Lenggeng. Pengunjung boleh ikut laluan dari Kajang menuju ke selatan,Sememyih dan belok kiri untuk ke Lenggeng.Sebelum anda mencapai Ulu Beranang, anda akan melihat jalan untuk Kg. Jeram Kedah.Ikut jalan ini melalui kawasan desa yang indah dan permai sehingga ke penghujung kampung. Air terjun ini terus mengalir menjadi Sungai Beranang yang mana Sungai Beranang ini berpunca dari Bukit Ulu Beranang yang mempunyai ketinggian 2654 kaki dari aras laut.
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeId4a03002acb
Bukti Melati yang terletak di kawasan Nilai, Negeri Sembilan merupakan satu kawasan yang sesuai untuk aktiviti mendaki. Lokasi tersebut adalah tidak jauh daripada kawasan bandar Nilai sekitar kira-kira 5 kilometer sahaja dan mengambil masa sekitar 10 minit. Ketinggian Bukit Melati ini hanyalah sekitar 350 meter sahaja dari aras laut. Bukit ini mempunyai laluan perjalanan yang sangat mudah dan santai serta sesuai digunakan oleh semua pendaki terutamanya bagi yang baru sahaja berjinak-jinak dengan aktiviti mendaki.
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeId948e88d2fa
Kalau anda ke Seremban 2 dan tidak tahu hendak ke mana, bolehlah cubaberiadah di Hill Park Seremban 2 Height. Taman ini sesuai untuk aktiviti beriadah keluarga dan bersantai dengan melakukan aktiviti luar. Terdapat 3 zon di Hill Park ini, zon 1 (hijau), zon 2 (biru) dan zon 3 (merah jambu). Zon 1 merupakan taman permainan untuk kanak-kanak kecil. Manakala zon 2 ialah zon dinosor bagi yang gemar mengambil gambar. Zon 3 pula adalah tempat untuk bersantai bersama keluarga sambil menikmati udara yang dingin di atas bukit serta pemandangan yang indah dari ketinggian 162 meter di atas dasar laut.
Lokasi:
Pengunjung yang datang dari Lebuhraya KL-Seremban (PLUS) masuk ke Seremban (Exit 218) dan seterusnya ke arah jusco Seremban 2 dan terus sahaja dan akan nampak papantanda IJM Hill Park Seremban 2
Alamat:
P.T. 10786, Seremban 2, 70300 Seremban ,Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia.
No Telefon:
06-7613888
Facebook:
IJM Land Berhad
Laman Web:
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeId421efe0f9b
Pusat beli-belah AEON Nilai merupakan pusat beli-belah AEON yang terbesar di Malaysia dan merupakan AEON yang ke-28 dibangunkan di Malaysia. Kini pusat beli-belah tersebut telah dibuka secara rasmi pada 17 Januari 2019. AEON Nilai yang terletak di Bandar Baru Nilai dan kedudukan yang sangat strategik serta memudahkan orang dari luar kawasan Nilai untuk mencari dan datang ke AEON Nilai. Pelbagai jenis kedai dan kemudahan yang disediakan oleh pihak AEON seperti kemudahan letak kereta yang banyak dan luas untuk pra pengunjung yang datangke situ.
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeId5e4802c1dd
S2 City Park adalah sebuah taman tema yang terletak di kawasan Seremban 2 yang sering didatangi oleh para pengunjung sekitar berhampiran untuk melakukan aktiviti-aktiviti beriadah seperti berjoging, bersenam, berbasikal dan sebagainya. Selain itu, para pengunjung boleh menikmati pemandangan taman yang begitu indah dan amat menenangkan fikiran. Para pengunjung juga boleh memberi makan kepada pelbagai jenis ikan yang terdapat di situ.
Alamat :
Seremban 2 City Park
Seremban 2
70300 Seremban,
Negeri Sembilan
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/sosio-ekonomi/pelancongan#sigFreeIdb1eeb2ad8b
Halaman 1 dari 2