Tarikh      : 09 Mei 2024 (Khamis)

Masa       :  Jam 03.00 Petang - 04.30 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa

Tujuan :

Meningkatkan kemahiran ICT peserta di dalam penggunaan komputer dan perisian Microsoft Word. Selain itu, memudahkan peserta di dalam permohonan sebarang pekerjaan yang dimohon.

Aktiviti :

Petugas menerangkan tentang penggunaan Microsoft Office Word dan kepentingan kepada pelajar. Antara penggunaan Microsoft Office yang terdapat dalam info penerangan adalah penerangan Microsoft Office, penerangan Resume, membuat label, membuat tulisan dengan berbagai variasi, membuat dan menyimpan dokumen

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      : 12 Mei 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Sekolah Menengah

Tujuan :

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar di dalam dunia sains. Para pelajar dapat mengetahui dan mengenali jenis-jenis sifat bahan yang ada.

Aktiviti :

Petugas menerangkan pengenalan sifat bahan dan jenis-jenis sifat bahan yang ada pada bahan atau objek kepada para pelajar. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan dan diberi beberapa soalan untuk dilengkapkan secara bertulis. Kemudian, para pelajar diberikan kuiz secara online di word wall, quizizz dan kahoot sebagai latihan pengetahuan dan pengujian tahap pemahaman para pelajar.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  18 Mei 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah

Tujuan :

Memberikan pendedahan kepada para pelajar tentang dunia veterinar dan mengenali jenis-jenis pekerjaan serta rawatan dalam bidang veterinar.

 Aktiviti :

Petugas memberi penerangan tentang pengenalan dunia veterinar kepada para pelajar. Petugas juga berinteraksi dengan para pelajar supaya para pelajar lebih fokus dan memahami dengan penerangan tersebut. Kemudian, para pelajar menjawab soalan kuiz yang diberikan secara online sebagai pengujian tahap pemahaman mereka

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  19 Mei 2024 (Ahad)

Masa       :  Jam 5.00 Petang - 6.00 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa

Tujuan :

Memudahkan urusan pengguna untuk membuat pembayaran secara atas talian. Ini juga dapat menjimatkan masa pengguna untuk berurusan di kaunter bank.

 Aktiviti :

Pengguna melayari lawan sesawang perbankan internet Bank Simpanan Nasional (BSN) di internet. Kemudian pengguna memasukkan kata nama dan kata laluan di sistem BSN tersebut sebelum meneruskan proses pembayaran. Seterusnya, pengguna memasukkan nilai bayaran dan membuat pembayaran kepada pihak penerima dan mencetak resit bayaran tersebut sebagai simpanan dan rujukan pengguna.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh     : 04 Mei 2024 (Sabtu)

Masa       : Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     : NADI Taman Bukit Inai

Peserta   : Sekolah Rendah

Tujuan :

Melatih para peserta supaya mengenali lebih dekat lagi dengan dunia teknologi. Para peserta juga dapat mempelajari tentang cara komputer berkomunikasi menggunakan kaedah logik.

Aktiviti :

Petugas menayangkan satu video kepada para peserta berkenaan cara komputer berkomunikasi menggunakan logik. Petugas memberi penerangan tentang kaedah pengiraan binary kepada decimal. Petugas memberikan beberapa latihan kepada para peserta sebagai tahap pengujian pemahaman mereka di dalam kelas.

Lampiran Gambar Aktiviti