Tarikh      :  06 September 2024 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 11.00 Pagi

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   : Wanita

Tujuan :

Membantu pengguna untuk membuat permohonan kemasukan ke Kolej Vokasional secara atas talian.

Aktiviti :

Petugas menyediakan perkhidmatan kepada pengguna seperti komputer dan internet, kemudian petugas mengajar pengguna untuk membuka laman web berkaitan dan mengajar pengguna bagaimana untuk membuat permohonan. Pengguna melengkapkan segala maklumat yang diminta dalam laman web, setelah selesai pengguna menghantar permohonan secara atas talian.

Lampiran Gambar Aktiviti

Tarikh      :  24 Ogos 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   : Sekolah Rendah

Tujuan :

Memberi pengetahuan dan pendedahan kepada para peserta berkenaan sistem pencernaan makanan yang ada pada tubuh manusia.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan sistem pencernaan makanan. Petugas memberikan beberapa soalan secara lisan kepada para peserta sebagai tanda fokus para peserta di dalam kelas. Para peserta diberi soalan kuiz secara atas talian berkenaan sistem pencernaan makanan untuk menguji pemahaman para peserta di dalam kelas.

Lampiran Gambar Aktiviti

Tarikh      :  18 Ogos 2024 (Ahad)

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah

Tujuan :

Menambah pengetahuan peserta kepada cara membundarkan nombor dalam subjek Matematik.

Aktiviti :

Petugas membentangkan slide dan mengajar peserta berkaitan bagaimana untuk membundarkan nombor terdekat. Sebaik sahaja selesai pembentangan dan sesi mengajar, petugas menguji pemahaman peserta dengan memberi kuiz atas talian (Wordwall dan Quizizz).

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  20 Ogos 2024 (Selasa)

Masa       :  Jam 9.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   : Dewasa

Tujuan :

Membantu dan memudahkan urusan usahawan di dalam kursus pengendalian makanan secara atas talian. Selain itu, memberi pendedahan kepada usahawan tentang etika dan kaedah pengendalian premis perniagaan dengan cara yang betul.

Aktiviti :

Petugas menyediakan perkhidmatan kepada usahawan seperti komputer dan internet sebagai medium kursus yang dijalankan. Petugas membantu usahawan memasuki kursus tersebut menggunakan aplikasi google meet dengan menekan pautan yang disediakan oleh pihak penganjur. Usahawan mengikuti kursus tersebut sehingga selesai dan menjalani ujian sebagai pemahaman usahawan di dalam kelas.

Lampiran Gambar Aktiviti

Tarikh      :  14 Ogos 2024 (Rabu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Wanita

Tujuan :

Untuk membuat permohonan bagi mendapatkan Biasiswa IPT di bawah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

Aktiviti :

Pengguna membuka laman web Jabatan Perkhidmatan Awam, kemudian memilihan bahagian untuk pemohonan Biasiswa. Setelah itu, pengguna diminta untuk mengisi dan melengkapkan segala butiran yang diminta. Setelah selesai menglengkapkan butiran yang diminta, pengguna terus menghantar permohonan secara atas talian. 

Lampiran Gambar Aktiviti