Tarikh      : 03 Mei 2024 (Jumaat)

Masa       : Jam 03:00 Petang - 05.00 Petang

Lokasi     : NADI Taman Bukit Inai

Peserta   : Dewasa


Tujuan :

Tujuan kemaskini ini dilakukan adalah untuk membuat perancangan pembelajaran harian sebelum para guru melaksanakan sesi pembelajaran di dalam kelas. Selain itu, memudahkan urusan para guru membuat perancangan pembelajaran secara tersusun dan sistematik.

Aktiviti :

Pengguna memasukkan id pengguna dan kata laluan ke dalam sistem Rancangan Pembelajaran Harian (RPH). Pengguna membuat kemaskini dengan memasukkan perancangan pembelajaran harian ke dalam sistem RPH. Pengguna membuat senarai mata pelajaran dan tajuk pembelajaran yang akan diajar mengikut sesi kelas seperti di dalam jadual kelas. Setelah selesai mengemaskini data RPH, pengguna log keluar daripada sistem RPH tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti