Tarikh      :  02 Mei 2024 (Khamis)

Masa       :  Jam 02.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa

 

Tujuan :

Memudahkan urusan ibu bapa untuk membuat permohonan kemasukan tahun 1 bagi sesi 2025 atas talian tanpa perlu mengisi borang fizikal. Selain itu dapat menjimatkan masa dan mempercepatkan proses permohonan. 

 Aktiviti :

Pengguna log masuk akaun sistem pendaftaran idMe (KPM) sebelum membuat permohonan pendaftaran tahun 1. Kemudian pengguna memasukkan butiran maklumat yang diperlukan sehingga lengkap. Seterusnya pengguna mencetak borang-borang yang telah lengkap untuk dihantar ke sekolah. 

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  06 Mei 2024 (Isnin)

Masa       :  Jam 03.00 Petang - 05.00 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa


Tujuan :

Peserta menaip surat untuk di emelkan ke Hospital bagi tujuan proses bersalin kelak.

Aktiviti :

 Petugas membantu peserta untuk menaip surat rasmi kemudian petugas membantu peserta untuk menghantar emel ke alamat emel yang diberikan.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  20 April 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Tujuan :

Memberi taklimat mengenai pengenalan kepada tajuk rantaian makanan kepada para peserta. Selain itu, meningkatkan pemahaman dan pengetahuan para peserta di dalam rantaian makanan.

 Aktiviti :

Petugas mengajar dan memberi penerangan tentang rantaian makanan kepada para peserta. Petugas juga memberikan tugasan kepada para peserta dengan memberikan soalan secara spontan untuk melihat tahap pemahaman para peserta. Para peserta menjawab kuiz secara online  berkenaan rantaian makanan di pautan kuiz wordwall, quizizz dan kahoot.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  07 Mei 2024 (Selasa)

Masa       :  Jam 02.00 Petang - 04.00 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa


Tujuan :

Peserta mengemaskini data pelajar dalam sistem IdMe (KPM) bagi memudahkan guru menyemak dan merekod maklumat murid terkini.

 Aktiviti :

Petugas membantu peserta set semula kata laluan terlebih dahulu sebelum peserta dapat mengemaskini data pelajar. Selain itu, petugas juga membantu peserta dalam proses mengemaskini data pelajar. 

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  14 April 2024 (Ahad)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah

Tujuan :

Memberi penerangan dan pendedahan kepada para peserta berkenaan pengenalan teknologi makanan dan etika-etika yang perlu diterapkan semasa menguruskan makanan bermula daripada dapur sehinggalah ke meja pelanggan.

 Aktiviti :

Petugas menerangkan secara ringkas berkenaan pengenalan teknologi makanan kepada para peserta. Petugas menerangkan kepentingan etika semasa dalam pengurusan makanan. Para peserta mencari beberapa maklumat di internet berkaitan dengan teknologi makanan. Para peserta menjawab kuiz secara online seperti wordwall, quizizz  dan kahoot.

Lampiran Gambar Aktiviti