|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilakukan adalah untuk memberi pengenalan dan meningkatkan kemahiran para peserta di dalam teknik pemasangan kereta tamiya.
Aktiviti :
Petugas memberi pengenalan berkenaan kereta tamiya dan cara-cara pemasangan melalui video di 'youtube' supaya para peserta dapat mengenali dan memahami kaedah pemasangan tersebut. Para peserta juga diberi latihan praktikal dengan membuat pemasangan kereta tamiya.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan meningkatkan pengetahuan para peserta tentang penjelajahan di ruang angkasa lepas.
Aktiviti :
Petugas memberi pengenalan kepada para peserta tentang sistem planet dan ruang angkasa supaya para peserta dapat memahami dan mengenali fenomena di ruang angkasa lepas.
|
Tujuan :
Tujuan permohonan ini adalah untuk memohon bantuan keceriaan kerajaan Negeri Sembilan bagi warga emas berusia 70 tahun ke atas.
Aktiviti :
Petugas membantu peserta dengan memberi penerangan tentang bantuan tersebut dan langkah-langkah untuk membuat permohonan.
|
Tujuan :
Tujuan latihan pengukuhan ini dilakukan adalah untuk meninjau tahap pemahaman para peserta berkenaan penggunaan dan kemahiran menggunakan 'Microsoft Word'.
Aktiviti :
Petugas membantu para peserta dengan memberi panduan dan tunjuk ajar berkenaan latihan asas 'Microsoft Word' dengan memberikan latihan sebagai pemahaman para peserta supaya lebih mahir dengan penggunaan 'Microsoft Office'.
|
Tujuan :
Tujuan permohonan ini adalah untuk memohon permohonan menyambung pelajaran ke peringkat seterusnya ke Institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta.
Aktiviti :
Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan laman sesawang permohonan dan membantu peserta dengan memasukkan pautan permohonan tersebut. Petugas juga membantu peserta untuk membuat pilihan bidang yang diminati mengikut penempatan universiti yang ditawarkan.