|
Tujuan :
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar di dalam dunia sains. Para pelajar dapat mengetahui dan mengenali jenis-jenis sifat bahan yang ada.
Aktiviti :
Petugas menerangkan pengenalan sifat bahan dan jenis-jenis sifat bahan yang ada pada bahan atau objek kepada para pelajar. Para pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan dan diberi beberapa soalan untuk dilengkapkan secara bertulis. Kemudian, para pelajar diberikan kuiz secara online di word wall, quizizz dan kahoot sebagai latihan pengetahuan dan pengujian tahap pemahaman para pelajar.