|
Tujuan :
Membantu para usahawan di dalam mempromosikan jualan dan meningkatkan janaan pendapatan jualan produk para usahawan. Selain itu, memberi pendedahan kepada para usahawan tentang platform digital jualan yang boleh dilaksanakan oleh para usahawan.
Aktiviti :
Petugas NADI memberikan penerangan tentang pengenalan dan perkhidmatan yang disediakan di NADI. Para usahawan diberikan taklimat berkenaan asas shopee yang disampaikan oleh Rakan Digital NADI tentang cara membuka kedai dan memasukkan produk di shopee. Para usahawan juga diajar tentang penggunaan Chat GPT untuk memudahkan urusan para usahawan membuat huraian produk jualan. Para usahawan juga menjawab kuiz kahoot sebagai ujian tahap pemahaman mereka sepanjang sesi taklimat tersebut.