Tarikh      :  04 Mac 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa


Tujuan :

Tujuan pendaftaran ini dilakukan adalah untuk memohon permohonan anak ke Prasekolah bagi sesi 2025 / 2026. 

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan dan panduan tentang cara-cara untuk membuat permohonan pendaftaran sistem Prasekolah. Petugas menerangkan butiran-butiran maklumat yang diperlukan oleh sistem pendaftaran tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  02 Mac 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  NADI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa


Tujuan :

Tujuan pembelajaran ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pemahaman para peserta dalam penggunaan 'Microsoft Word' supaya lebih mahir. 

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas tentang langkah-langkah memasukkan video dan cara-cara membuat 'header' dan 'footer' serta muka surat. Selain itu, melatih peserta membuat bingkai serta membuat 'watermark' pada 'Microsoft Word'.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  17 Februari 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 9.30 Pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Usahawan, Belia & Dewasa


Tujuan :

Tujuan program ini diadakan adalah untuk mempromosikan perkhidmatan yang dijalankan oleh PEDi serta membantu usahawan untuk meluaskan dan mempertingkatkan teknik pemasaran dan kemahiran perniagaan mereka supaya lebih maju.

Aktiviti :

Petugas memberi taklimat ringkas berkenaan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak PEDi kepada komuniti setempat. Selain itu, para peserta di ajar teknik pemasaran dan menghasilkan reka bentuk grafik menggunakan kaedah Kecerdasan Buatan (AI) sebagai kemahiran dan teknik pemasaran yang baru.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  24 Februari 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.30 Pagi - 12.30 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan permainan sudoku ini dilakukan adalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir dan kepantasan dalam menyelesaikan permasalahan yang diberi.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas tentang langkah-langkah untuk memulakan permainan sudoku ini supaya para peserta lebih faham tentang kaedah permainan tersebut. Para peserta bermain permainan sudoku tersebut melalui aplikasi permainan secara atas talian.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  13 Februari 2024 (Selasa)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa


Tujuan :

Tujuan permohonan ini dimohon adalah untuk memohon bantuan persekolahan supaya dapat meringankan bebanan belanjawan ibu dan bapa.

Aktiviti :

Petugas membantu peserta yang memohon bantuan dengan memberi penerangan ringkas tentang permohonan bantuan persekolahan tersebut. 

Lampiran Gambar Aktiviti