Tarikh      : 18 Januari 2020 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   10 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat lagi berkenaan dunia teknologi maklumat terutamanya pengetahuan asas.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberikan beberapa soalan kepada para pelajar berkenaan asas penggunaan komputer dari aspek teknologi maklumat.  Para pelajar menggunakan internet untuk mencari maklumat sebagai panduan dan rujukan mereka menjawab soalan.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 8 Januari 2020 (Rabu)

Masa       :  Jam 3.30 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   4 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi tumpuan kepada para pelajar PT3 pada tahun ini dan melakukan latih tubi dengan mengikut format-format peperiksaan terkini.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi penerangan berkenaan format peperiksaan terkini bagi mata pelajaran matematik. Para pelajar menjawab latihan yang diberi oleh petugas agar pelajar lebih fokus dalam mata pelajaran tersebut. 

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 11 Januari 2020 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 12.30 tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   9 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para peserta kursus tentang langkah-langkah dan etika dalam pengendalian makanan bagi semua peniaga makanan.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberikan penerangan berkenaan keselamatan pengguna semasa menggunakan internet di tempat awam kepada para peserta kursus. Selepas itu, slot peserta bersama penceramah jemputan kursus memberikan penerangan dan etika dalam kerja-kerja mengendalian makanan. Penceramah juga memberikan kesan buruk dan hukuman denda yang akan dikenakan kepada para peniaga yang tidak mematuhi peraturan dan arahan yang telah ditetapkan. 

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 6 Januari 2020 (Isnin)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   7 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi tumpuan kepada para pelajar PT3 pada tahun ini dengan melakukan ulangkaji secara interaktif melalui soalan-soalan di internet.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi penerangan berkenaan tips dan soalan-soalan yang berkaitan dengan peperiksaan PT3. Petugas juga memberikan latihan kepada para pelajar sebagai penambahan dan peningkatan kemahiran para pelajar.

Lampiran Gambar Aktiviti