Tarikh      : 29 Disember 2019 (Ahad)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 1.00 tengah hari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Lenggeng

Peserta   :   6 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi bimbingan kepada para peserta tentang penggunaan perisian 'adobe photoshop' dan melatih para peserta secara asas tentang fungsi 'tools' yang terdapat di dalam perisian tersebut. 

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi penerangan berkenaan pengenalan perisian 'adobe photoshop'. Petugas menerangkan 'tools' yang terdapat pada perisian tersebut secara berperingkat. Para peserta juga diberi latihan praktikal sebagai langkah membiasakan diri para peserta.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 22 Disember 2019 (Ahad)

Masa       :  Jam 11.00 pagi - 1.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   5 Orang 


Tujuan :

Bengkel ini dilaksanakan adalah untuk menguji tahap penguasaan para peserta dalam penggunaan 'Adobe Photoshop' secara asas. Di samping itu, dapat memberi kemahiran dan pengetahuan kepada para peserta dalam asas 'Adobe Photoshop'.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberikan penerangan mengenai skop-skop kerja yang terdapat di Pusat Internet kepada peserta-peserta bengkel. Para peserta bengkel juga diberi penerangan dan kemahiran secara asas dalam penggunaan 'Adobe Photoshop'. Para Peserta bengkel diberikan tugasan untuk membuat poster ringkas produk berdasarkan hasil gambaran produk yang telah diambil melalui studio mini kotak yang telah direka oleh peserta.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 11 Disember 2019 (Khamis)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   4 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan kepada petugas-petugas Pusat Internet yang baru tentang skop tugasan dan suasana operasi di Pusat Internet masing-masing.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet Taman Bukit Inai memberi ucapan selamat datang kepada petugas-petugas baru dan seterusnya memberi penerangan pengenalan Pusat Internet. Selain itu, petugas baru telah diberikan penerangan berkenaan skop-skop tugasan yang perlu dilaksanakan di tempat kerja. Petugas baru juga diajar langkah-langkah untuk mengemaskini portal Pusat Internet.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 19 Disember 2019 (Khamis)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   14 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi makluman kepada semua petugas Pusat Internet tentang tahap prestasi perkhidmatan internet di kawasan berdekatan Pusat Internet yang digunakan oleh para pengguna-pengguna di kawasan tersebut.

Aktiviti :

Pihak SKMM memberikan taklimat ringkas kepada para petugas Pusat Internet tentang tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan oleh para petugas Pusat Internet. Seterusnya para petugas Pusat Internet perlu mencari pengguna-pengguna perkhidmatan jalur lebar sama ada di rumah atau di telefon untuk menjawab soal selidik yang telah disediakan oleh pihak SKMM.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 06 Disember 2019 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   10 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang langkah-langkah untuk membuat semakan pemeriksaan ke atas komputer yang digunakan. Tujuan semakan ini dilakukan adalah untuk memastikan semua perkakasan di Pusat Internet berfungsi dengan baik.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi penerangan mengenai tugasan yang akan mereka lakukan di dalam kelas. Pelajar diberikan satu senarai semak berkenaan perkakasan-perkakasan yang ada di Pusat Internet sebagai panduan mereka untuk membuat semakan sama ada perkakasan tersebut berfungsi atau tidak.

Lampiran Gambar Aktiviti