Tarikh      : 28 Februari 2020 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   9 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para pelajar terhadap dunia komputer dan teknologi pada masa kini. Selain itu, para pelajar juga dapat mengenali jenis-jenis perkakasan yang ada pada bahagian komputer.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberikan penerangan awal kepada para pelajar berkenaan peranan dan fungsi utama kepada Pusat Internet kepada komuniti setempat. Para pelajar juga diajar untuk mengenali dengan lebih dekat lagi berkenaan komponen-komponen yang ada pada komputer. Selain itu, para pelajar juga diberi latihan asas menggunakan papan kekunci komputer dengan melalui pembelajaran secara interaktif.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 21 Februari 2020 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   9 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan pengetahuan kepada para pelajar dalam mengenali asas komputer seperti komponen-komponen komputer. Selain itu, memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mengenali dengan lebih dekat lagi dengan dunia teknologi maklumat.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberikan penerangan terlebih dahulu kepada para pelajar mengenai fungsi utama Pusat Internet kepada semua golongan komuniti. Petugas juga memberi tunjuk ajar kepada para pelajar berkenaan asas komputer seperti mengenalkan kepada mereka beberapa komponen komputer yang ada di komputer. Seterusnya, para pelajar dilatih untuk menggunakan papan kekunci dengan berkonsepkan pembelajaran secara interaktif.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 15 Februari 2020 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   12 Orang Guru Kafa


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk membantu meningkatkan kemahiran para guru-guru kafa dalam penggunaan 'Microsoft Office' secara asas. 

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberikan penerangan terlebih dahulu kepada para guru berkenaan fungsi utama Pusat Internet kepada komuniti. Seterusnya, para guru diajar secara asas berkenaan asas 'Microsoft Office' dengan mengikut modul antaranya 'Microsoft Office Word', 'Microsoft Office Powerpoint', dan 'Microsoft Office Excel'. Terdapat juga modul tambahan kepada guru-guru iaitu mempelajari kaedah edit poster melalui 'postermywall'.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 20 Februari 2020 (Khamis)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi     :  Ruang Siber Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   5 Orang 


Tujuan :

Peperiksaan ini dijalankan adalah sebagai syarat kepada calon-calon untuk melepasi ke peringkat seterusnya iaitu peringkat temuduga. Hanya beberapa calon yang lulus sahaja akan di panggil untuk ditemuduga.

Aktiviti :

Pengguna memasukkan akaun pengguna yang telah didaftarkan ke dalam komputer dan membuka laman sesawang Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Pengguna memasukkan id pengguna dan kod peperiksaan. Para calon menjawab soalan peperiksaan tersebut berdasarkan masa yang telah ditetapkan. 

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 19 Januari 2020 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   10 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk menjadikan para pelajar menjadi lebih kreatif dan berseni dalam penghasilan poster atau kalendar yang direka dan dihasilkan.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberikan penerangan terlebih dahulu kepada para pelajar berkenaan dengan 'postermywall'. Para pelajar diberikan tugasan untuk membuat kalendar tahun 2020.

Lampiran Gambar Aktiviti