Tarikh      :  22 Januari 2021 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  2 Orang


Tujuan :

Pengguna mengemaskini sistem Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) 2021 melalui pautan yang disediakan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan mengisi segala maklumat yang diminta seperti di lampiran borang 'online'.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar kepada pengguna berkenaan permohonan BPR 2021 dan membantu pemohon untuk mengisi maklumat tersebut. 

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  21 Januari 2021 (Khamis)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  3 Orang


Tujuan :

Pengguna meminjam netbook yang telah disediakan oleh pihak Pusat Internet sebagai kemudahan kepada komuniti untuk melaksanakan tugasan di rumah dan ini juga membantu para pelajar dalam kelas online di rumah. 

Aktiviti :

Pengguna menguar-uarkan iklan pinjaman netbook kepada komuniti dan menggalakkan para pelajar yang menghadapi masalah internet, boleh hadir ke Pusat Internet untuk menggunakan kemudahan internet yang disediakan oleh pihak Pusat Internet.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  10 Disember 2020 (Khamis)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 5.00 Petang

Lokasi     :  Di Rumah Peserta

Peserta   :  6 Orang


Tujuan :

Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk meningkatkan kemahiran para peserta di dalam mengcungkil bakat video. Selain itu, adalah bertujuan untuk melihat tahap kreativiti para peserta di dalam membuat video ucapan kepada barisan hadapan. 

Aktiviti :

Para peserta diberi penerangan ringkas oleh petugas Pusat Internet berkenaan cara untuk membuat video ucapan tersebut dengan menerangkan beberapa syarat dan penggunaan jenis aplikasi yang boleh digunakan.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  8 Januari 2021 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang- 5.00 Petang

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  1 Orang


Tujuan :

Pengguna merekabentuk kad bisnes untuk diberikan kepada komuniti setempat sebagai langkah untuk mempromosikan perkhidmatan yang disediakan olehnya.

Aktiviti :

Pengguna menggunakan komputer dan merekabentuk kad bisnes melalui aplikasi 'postermywall' serta dibantu oleh petugas Pusat Internet dengan memberi tunjuk ajar dan idea dalam penggunaan aplikasi tersebut. 

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  05 Disember 2020 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.00 Tengah hari

Lokasi     :  Di Rumah Peserta

Peserta   :  10 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk berkongsi maklumat kepada komuniti berkenaan penyebaran berita palsu. Para pelajar juga diberi pendedahan dan pengetahuan dalam menangani masalah penyebaran berita palsu daripada tular.

Aktiviti :

Para peserta diberi penerangan ringkas oleh petugas Pusat Internet berkenaan tajuk 'Berita Palsu'. Petugas juga berkongsi tentang beberapa langkah untuk menangani daripada berlakunya penyebaran berita palsu dalam kalangan masyarakat masa kini.

 Lampiran Gambar Aktiviti