Tarikh      :  15 Ogos 2020 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  2 orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membimbing usahawan dalam membangunkan halaman 'facebook' mereka sendiri supaya lebih terurus semasa menjalankan perniagaan mereka.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas mengenai halaman 'facebook' kepada usahawan dan memberi tunjuk ajar tentang langkah-langkah untuk membangunkan halaman 'facebook' kepada usahawan.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  14 Ogos 2020 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  3 orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para usahawan tentang perniagaan secara atas talian dengan melalui shopee. Di samping itu, menggalakkan para usahawan menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh pihak Pusat Internet.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas kepada para usahawan berkenaan modul shopee. Petugas juga menerangkan panduan dan syarat pertandingan yang akan disertai oleh para usahawan. 

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  22 Jun 2020 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan  PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  4 orang


Tujuan :

Tujuan pembelajaran ini adalah untuk membantu para pelajar menyiapkan segala tugasan yang telah diberikan oleh guru sekolah di sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laksanakan.

Aktiviti :

Para pelajar di ajar dengan mengikut tajuk bab mata pelajaran mereka sendiri. Pelajar juga diberi lembaran tugasan sebagai latih tubi untuk mereka.  

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  13 Julai 2020 (Isnin)

Masa       :  Jam 4.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Ruang Siber PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  1 orang


Tujuan :

Tujuan membangunkan aplikasi ini adalah memberi kemudahan kepada para pelanggan yang hadir ke premis sebagai inisiatif langkah berjaga-jaga dan keselamatan diri sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat gejala covid-19.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas kepada pengguna tentang pengenalan aplikasi MySejahtera dan fungsi utamanya. Petugas memberi tunjuk ajar kepada pengguna tentang langkah-langkah untuk membangunkan kod QR bagi aplikasi MySejahtera secara atas talian.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  20 Jun 2020 (Sabtu)

Masa       :  Jam 11.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Ruang Siber  PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  En. Azlizan


Tujuan :

Tujuan pembelajaran ini dilakukan adalah untuk memuat turun aplikasi mysejahtera dan mempelajari teknik membangunkan dan penggunaan aplikasi tersebut. 

Aktiviti :

Pengguna dibantu oleh petugas Pusat Internet untuk mempelajari langkah-langkah untuk membangunkan kod QR mysejahtera bagi kegunaan jemaah masjid. Pengguna juga diajar tentang cara untuk menggunakan aplikasi mysjahtera tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti