Tarikh      : 01 Disember 2019 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   6 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang masalah 'Ejekan Fizikal Badan (Body Shaming)'. Para pelajar dapat mempelajari akan langkah-langkah untuk membendung masalah tersebut dan mengetahui akan keburukan terhadap masalah tersebut jika terlibat.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi penerangan mengenai masalah 'Body Shaming' yang sering berlaku sejak kebelakangan ini dalam kalangan masyarakat sekarang. Petugas menyampaikan maklumat berkenaan kesan-kesan negatif yang akan berlaku kepada mereka yang terjebak dengan gejala ini. Selain itu, para pelajar mengetahui akan denda yang akan dikenakan kepada mereka yang melakukan jenayah berkenaan.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 23 November 2019 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   8 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang kecanggihan pembangunan teknologi yang digunakan pada masa sekarang. Di samping itu, memberi pengetahuan kepada mereka mengenai langkah-langkah pembangunan aplikasi yang digunakan pada masa kini.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas mengenai pengenalan 'QR code' kepada para pelajar. Petugas juga memberikan beberapa soalan kepada para pelajar untuk dijawab berdasarkan pemahaman mereka. Para pelajar juga diajar untuk membangunkan aplikasi 'QR code' dengan mengikut pembelajaran di dalam kelas.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 8 November 2019 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi     :  Ruang Siber Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   2 Orang 


Tujuan :

Semakan keputusan tahun 1 bagi sesi 2020 ini adalah bertujuan untuk memudahkan para ibu bapa untuk membuat semakan keputusan sama ada anak-anak mereka layak mendapat tawaran di sekolah-sekolah yang telah dipohon.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar kepada ibu bapa tentang cara-cara untuk membuat semakan keputusan di laman web yang berkenaan. Seterusnya, ibu bapa perlu memasukkan nama pengguna dan kata laluan sebelum membuat semakan keputusan. Setelah keputusan disemak, proses cetakan surat permohonan dicetak.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 15 November 2019 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Ruang Siber Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   11 Orang 


Tujuan :

Kelas ini dilaksanakan adalah untuk meningkatkan pengetahuan Bahasa Inggeris terhadap para pelajar. Selain itu, dapat membantu par pelajar dari aspek menjawab soalan-soalan Bahasa Inggeris.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang laman sesawang yang boleh membantu para pelajar dalam penguasaan Bahasa Inggeris. Para pelajar juga diberi latihan secara 'online' untuk menjawab soalan objektif. Selain itu, para pelajar juga diajar dalam ujian mendengar.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 7 November 2019 (Khamis)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 11.00 pagi

Lokasi     :  Ruang Siber Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   3 Orang 


Tujuan :

Tujuan peperiksaan SPA ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para calon peperiksaan untuk mencari pekerjaan yang lebih baik dan sesuai dengan mengikut permohonan tawaran yang dimohon. 

Aktiviti :

Calon peperiksaan harus memasuki sistem peperiksaan SPA satu jam lebih awal dengan mengikuti kata laluan yang telah diberikan melalui emel. Terdapat dua bahagian di dalam peperiksaan tersebut iaitu bahagian penyelesaian masalah dan bahasa inggeris. Setiap bahagian hanya diberikan masa selama 20 minit untuk menjawab setiap bahagian.

Lampiran Gambar Aktiviti