Tarikh      :  7 Okt 2020 (Rabu)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Ruang Siber Pusat Internet

Peserta   :  Mohd Fariez


Tujuan :

Tujuan latihan ICT ini dilakukan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para pelajar dalam penggunaan perisian dan perkakasan komputer secara asas sahaja.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas mengenai pembelajaran asas perisian 'Microsoft Excel' kepada pelajar dan memberikan sedikit latihan kemasukan data sebagai menguji pemahaman pelajar. 

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  4 Okt 2020 (Ahad)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Ruang Siber Pusat Internet

Peserta   :  Izzat Izdihar Bin Mohd Nazri


Tujuan :

Tujuan latihan advokasi ini dijalankan untuk memberi pendedahan kepada pengguna tentang kesedaran terhadap penggunaan internet terutamanya di media sosial.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan mengenai modul berita palsu. Petugas juga memberi tunjuk ajar mengenai cara membuat tetapan keselamatan di media sosial.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  4 Sept 2020 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 4.00 Petang

Lokasi     :  Ruang Siber PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  1 orang


Tujuan :

Tujuan pengguna menggunakan laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia adalah untuk membuat kemaskini maklumat bagi pendaftaran tahun 1 bagi sesi 2021.

Aktiviti :

Petugas memberi bantuan kepada pengguna tersebut dengan membuka laman sesawang berkenaan dan mengemaskini maklumat tersebut di dalam ruang yang telah disediakan.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  5 Sept 2020 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  8 orang


Tujuan :

Tujuan peserta menyertai pertandingan poster tersebut adalah untuk menguji daya kreativiti dalam mereka bentuk poster yang dihasilkan sendiri.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan dalam penggunaan perisian yang digunakan oleh para peserta untuk mereka bentuk poster. Para peserta juga diberi latihan untuk membuat poster sebagai kemahiran dan kreativiti mereka.

Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  16 Ogos 2020 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  12 orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi makluman dan pertandingan kepada para peserta pertandingan poster dan memberi bimbingan dalam mereka bentuk poster yang akan dihasilkan oleh peserta.

Aktiviti :

Petugas memberi penerangan ringkas berkenaan panduan dan syarat pertandingan poster kepada para peserta pertandingan. Petugas juga memberi tunjuk ajar menggunakan perisian yang digunakan untuk mereka bentuk poster tersebut. 

Lampiran Gambar Aktiviti