Tarikh      : 11 Oktober 2019 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   7 Orang 


Tujuan :

kelas ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi latihan kepada para pelajar tentang jenis warna dan teknik mewarna yang betul.

Aktiviti :

Pelajar diberi penerangan terlebih dahulu oleh petugas Pusat Internet tentang aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut. Para pelajar membuat aktiviti melukis dan mewarna poster dengan secara 'online'.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 9 Oktober 2019 (Rabu)

Masa       :  Jam 10.00 pagi - 12.00 tengahari

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   3 Orang 


Tujuan :

kelas ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu para usahawan untuk meningkatkan hasi jualan produk mereka dan menjana pendapatan yang lumayan.

Aktiviti :

Peserta diajar oleh petugas Pusat Internet tentang modul dashboard komuniti 'My Shop' sebagai platform promosi produk mereka. Selain itu juga para peserta diajar untuk membuat rekaan poster produk dengan menggunakan perisian 'postermywall'.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 29 September 2019 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   3 Orang


Tujuan :

kelas ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada para pelajar tentang teknik untuk membuat suntingan video dengan menggunakan perisian 'filmora'.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan oleh petugas Pusat Internet berkenaan perisian 'filmora' dan kaedah untuk menggunakan perisian tersebut untuk membuat suntingan yang baik dan berkualiti.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 30 September 2019 (Isnin)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 4.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   1 Orang (Izzat Izdihar Bin Mohd Nazri)


Tujuan :

kelas ini dijalankan adalah bertujuan untuk membantu peserta dalam mencari pekerjaan pada masa akan datang. 

Aktiviti :

Peserta dibantu oleh petugas Pusat Internet untuk membuat 'resume' dengan memaklumkan tentang maklumat-maklumat penting yang perlu dimasukkan ke dalam 'resume' tersebut.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      : 27 September 2019 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 petang - 5.00 petang

Lokasi     :  Bilik Latihan Pusat Internet Taman Bukit Inai

Peserta   :   8 Orang


Tujuan :

kelas ini dijalankan adalah bertujuan untuk memberi maklum kepada para pelajar tentang pertandingan yang akan diadakan. Selain itu, mempromosikan Pusat Internet tentang kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan untuk komuniti setempat.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan oleh petugas Pusat Internet tentang tajuk video dan beberapa syarat serta peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Para pelajar juga diberi pendedahan untuk mencipta idea penceritaan untuk menghasilkan video.

Lampiran Gambar Aktiviti