Tarikh      :  28 Februari 2021 (Ahad)

Masa       :  Jam 12.00 Petang- 1.00 Tengahari

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  Noor Wahyu Bt Mohd Nazri


Tujuan :

Pelajar boleh mempromosikan dan mempelbagaikan platform perniagaan dengan membuat pengiklanan menggunakan video.

Aktiviti :

Petugas memberikan sedikit penerangan tentang video dan petugas membantu peserta dalam penyediaan skrip dan penggambaran video serta suntingan video. Petugas juga mengajar tentang 'body language' semasa penggambaran dilakukan.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  19 Februari 2021 (Jumaat)

Masa       :  Jam 2.30 Petang- 5.30 Petang

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  1 Orang


Tujuan :

Pelajar mengikuti seminar online SPM yang dianjurkan oleh MSD dan kerjasama Pusat Internet untuk memberi ruang pembelajaran kepada para pelajar-pelajar SPM sesi 2020 dan mempelajari teknik menjawab soalan peperiksaan yang akan diduduki oleh calon SPM 2020 tidak lama lagi.

Aktiviti :

Petugas memasukkan 'link' yang diberikan oleh pihak penganjur untuk memasuki seminar SPM online tersebut. Petugas juga memberikan nota yang telah diberikan oleh penceramah untuk memudahkan pelajar membuat rujukan. Seminar ini berlangsung selama 3 jam sahaja dan dijalankan secara serentak di seluruh Malaysia.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  01 Februari 2021 (Isnin)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi- 12.30 Tengahari

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  4 Orang


Tujuan :

Para pelajar yang mengikuti PdPR juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam pembelajaran secara norma baharu. Para pelajar juga membuat latihan dan menghantar tugasan secara 'online'.

Aktiviti :

Petugas juga membantu para pelajar dalam penggunaan aplikasi 'google meet' dan aplikasi Telegram semasa proses PdPR. Petugas juga menerangkan secara ringkas mengenai penggunaan apikasi yang sering digunakan oleh guru-guru di sekolah. 

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  14 Februari 2021 (Ahad)

Masa       :  Jam 9.30 Pagi- 12.30 Tengahari

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  1 Orang


Tujuan :

pelajar mengikuti seminar online SPM yang dianjurkan oleh MSD dan kerjasama Pusat Internet untuk memberi ruang pembelajaran kepada para pelajar-pelajar SPM sesi 2020 dan mempelajari teknik menjawab soalan peperiksaan yang akan diduduki oleh calon SPM 2020 pada hujung Februari ini.

Aktiviti :

Petugas menyediakan kemudahan tempat kepada pelajar untuk mengikuti seminar online SPM. Petugas membantu 'log in' aplikasi zoom dan menerangkan secara ringkas berkenaan fungsi aplikasi pembelajaran yang digunakan. Pelajar mendengar penyampaian daripada penceramah dan membuat beberapa latihan yang diberikan oleh penceramah.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  23 Januari 2021 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang- 4.30 Petang

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  3 Orang


Tujuan :

Pengguna mengemaskini sistem iSinar bagi permohonan kategori 2 melalui pautan yang disediakan oleh pihak KWSP dan mengisi segala maklumat dan dokumen yang diminta seperti di lampiran borang 'online'. Para pelajar yang mengikuti PdPR juga dapat meningkatkan kemahiran mereka dalam pembelajaran secara norma baharu.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar kepada pengguna berkenaan permohonan KWSP bagi kategori 2 dan membantu pemohon untuk mengisi maklumat dan memuatnaik dokumen yang diperlukan oleh sistem tersebut. Petugas juga membantu para pelajar dalam penggunaan aplikasi 'google meet' semasa PdPR. 

 Lampiran Gambar Aktiviti