Tarikh      :  02 Februari 2024 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para peserta dalam penggunaan tatabahasa di dalam Bahasa Inggeris 

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan ringkas berkenaan pengenalan kata nama kepada para peserta. Petugas juga memberikan pembelajaran secara interaktif dengan memberi penerangan melalui video supaya peserta lebih jelas dan faham. Peserta juga diuji dengan beberapa kuiz atas talian sebagai pemahaman para peserta.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  27 Januari 2024 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk membantu dan membimbing peserta supaya lebih mahir dalam penggunaan komputer.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan berkenaan pengenalan komputer dengan mengenali perkakasan asas yang ada pada komputer. Peserta juga diajar cara menggunakan tetikus dan papan kekunci dengan teknik yang betul. Peserta juga diberi latihan menaip melalui aplikasi '10fastfinger' di laman sesawang supaya para peserta lebih biasa dan cekap menggunakan papan kekunci.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  18 Januari 2024 (Khamis) - 24 Januari 2024 (Rabu)

Masa       :  Jam 9.30 Pagi- 5.00 Petang

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Dewasa

Tujuan :

Tujuan pendaftaran ini dibuat adalah untuk mengumpul data isi rumah sebagai rujukan kepada pihak kerajaan bagi memudahkan urusan permohonan bantuan dan lain-lain.

Aktiviti :

Petugas PEDi bersama pegawai dari Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan membantu para pengunjung yang hadir untuk membuat pendaftaran dan mengemaskini sistem Pangkalan Data Utama (PADU).

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  27 Januari 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.30 Pagi- 12.30 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah

Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan dan mempertingkatkan kemahiran mengira dengan menggunakan operasi yang diberi.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan tentang cara untuk membuat pengiraan menggunakan operasi asas seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Peserta juga diuji dengan bermain permainan atas talian operasi matematik sebagai latihan dan pemahaman para peserta.

Lampiran Gambar Aktiviti 

Tarikh      :  13 Januari 2024 (Sabtu)

Masa       :  Jam 10.30 Pagi- 12.30 Pagi

Lokasi     :  PEDi Taman Bukit Inai

Peserta   :  Sekolah Rendah & Menengah

Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pengetahuan kepada para peserta tentang sistem deria yang ada pada manusia serta fungsi deria.

Aktiviti :

Petugas PEDi memberi penerangan berkenaan jenis-jenis deria yang terdapat pada manusia serta peranan deria. Selain itu, para peserta diuji pemahaman berkenaan pembelajaran tersebut dengan bermain permainan kuiz di 'wordwall' dan 'quizizz'.

Lampiran Gambar Aktiviti