|
Tujuan :
Tujuan pendaftaran ini dibuat adalah untuk mengumpul data isi rumah sebagai rujukan kepada pihak kerajaan bagi memudahkan urusan permohonan bantuan dan lain-lain.
Aktiviti :
Petugas PEDi bersama pegawai dari Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sembilan membantu para pengunjung yang hadir untuk membuat pendaftaran dan mengemaskini sistem Pangkalan Data Utama (PADU).
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan pengetahuan kepada para peserta tentang sistem deria yang ada pada manusia serta fungsi deria.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan berkenaan jenis-jenis deria yang terdapat pada manusia serta peranan deria. Selain itu, para peserta diuji pemahaman berkenaan pembelajaran tersebut dengan bermain permainan kuiz di 'wordwall' dan 'quizizz'.
|
Tujuan :
Tujuan kemaskini ini dilakukan adalah untuk memaklumkan segala perubahan maklumat yang perlu diubah ke dalam sistem sebagai makluman dan simpanan bagi pihak berkenaan.
Aktiviti :
Petugas PEDi membantu peserta dengan memberikan pautan SPA dan memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk mengisi butiran maklumat yang dikehendaki oleh sistem tersebut.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada para usahawan tentang asas shopee.
Aktiviti :
Petugas PEDi dan Rakan Digital PEDi memberi penerangan ringkas kepada para usahawan tentang langkah-langkah membuat pendaftaran akaun shopee dan cara-cara untuk memuat naik gambar produk di platform shopee.
|
Tujuan :
Tujuan pendaftaran syarikat ini adalah untuk memudahkan urusan peserta untuk memulakan perniagaan dan sebagai pengesahan syarikat yang telah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan ringkas kepada peserta berkenaan pendaftaran SSM. Petugas PEDi membantu membuat pendaftaran syarikat peserta melalui portal SSM EzBiz dan membantu memuat turun sijil perniagaan melalui SSM.