|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepada para usahawan tentang asas shopee.
Aktiviti :
Petugas PEDi dan Rakan Digital PEDi memberi penerangan ringkas kepada para usahawan tentang langkah-langkah membuat pendaftaran akaun shopee dan cara-cara untuk memuat naik gambar produk di platform shopee.
|
Tujuan :
Tujuan kemaskini ini dilakukan adalah untuk memaklumkan segala perubahan maklumat yang perlu diubah ke dalam sistem sebagai makluman dan simpanan bagi pihak berkenaan.
Aktiviti :
Petugas PEDi membantu peserta dengan memberikan pautan SPA dan memberi tunjuk ajar kepada peserta untuk mengisi butiran maklumat yang dikehendaki oleh sistem tersebut.
|
Tujuan :
Tujuan permohonan ini dimohon adalah untuk membantu dan meringankan beban bagi golongan warga emas. Ini juga merupakan inisiatif daripada bantuan kerajaan Negeri Sembilan bagi tahun 2024.
Aktiviti :
Petugas PEDi membantu peserta tersebut dengan melayari laman sesawang berkenaan permohonan bantuan tersebut dan membantu mengisi borang permohonan tersebut melalui permohonan atas talian. Petugas juga membantu peserta dengan mengemaskini permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR).
|
Tujuan :
Tujuan pendaftaran syarikat ini adalah untuk memudahkan urusan peserta untuk memulakan perniagaan dan sebagai pengesahan syarikat yang telah berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan ringkas kepada peserta berkenaan pendaftaran SSM. Petugas PEDi membantu membuat pendaftaran syarikat peserta melalui portal SSM EzBiz dan membantu memuat turun sijil perniagaan melalui SSM.
|
Tujuan :
Tujuan pembelajaran ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan para peserta tentang magnet. Selain itu, para peserta dapat memahami pembelajaran tersebut melalui eksperimen yang dijalankan melalui tayangan video.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi taklimat ringkas berkenaan kesedaran terhadap maklumat palsu melalui portal sebenarny.my. Petugas juga mengajar para peserta tentang pengenalan magnet. Para peserta diuji tahap pemahaman mereka melalui beberapa kuiz seperti aplikasi 'wordwall' dan 'quizizz'.