USAHAWAN KUIH TART NENAS Nama : Puan Noorasyikin bt Ibrahim Umur : 39 tahun Ahli : Oktober 2016 |
Latar Belakang :
Puan Noorasyikin merupakan seorang perniaga yang mengusahakan perniagaan kuih tat secara kecilan sahaja. Puan Noorasyikin merupakan suri rumah sepenuh masa dan telah memulakan perniagaan kuih tat sejak 1 tahun lalu dimana mengambil tempahan dari penduduk tempatan sahaja. Puan ini juga telah mengusahakan penjualannya di sekitar Nilai, Pajam, Mantin dan Sepang. Disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan beliau cuba menjual produk makanannya dikawasan pasaraya namun tidak berjaya. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Puan Noorasyikin membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan menggunakan laman web Mudah.my. Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai, Pajam, Mantin dan Sepang sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM300-RM500 dan bergantung kepada keuntungan yang diperolehi hasil daripada tempahan kuih tat yang berjaya beliau jual kepada pelanggan. Tahap penggunaan ICT beliau hanya asas komputer sahaja dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan penjualan kuih tat yang ingin dijual di dalam laman web terutamanya di Mudah.my. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kuih tat yang dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Puan Noorasyikin di dalam laman web Mudah.my. Akhirnya, beliau berjaya menjual kuih tat beliau di luar kawasan Selangor seperti negeri Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur. Tambahan lagi, beliau dapat mempelajari pelbagai resepi kuih dan cuba mempelajari perkara baru dengan membuat kek.
Lampiran Gambar :
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=65#sigFreeId58bb0ca7f0
HOMESTAY MANTIN Nama : Nur Fatin Amirah Bt Azman Umur : 21 tahun Ahli : Ogos 2016 |
Latar Belakang :
Cik Nur Fatin Amirah merupakan seorang pengusaha homestay di kawasan Mantin. Homestay Mantin didirikan di kawasan perumahan yang berdekatan dengan kedai runcit dan pekan. Homestay ini dilengkapi dengan barang-barang asas dalam sebuah rumah bagi memudahkan pengunjung. Terdapat 3 bilik tidur serta 2 bilik air. Harga bagi semalam adalah RM151.00 sahaja. Jarak antara homestay ke Pi1M adalah sejauh 15 kilometer dan terletak dekat pekan Mantin, Negeri Sembilan. Oleh hal demikian, promosi terhadap homestay hanyalah dihebahkan dikawasan-kawasan kedai runcit dan kedai makan setempat sahaja pengusaha mengambil langkah lebih dinamik dengan mengunjungi Pusat Internet 1Malaysia Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan dan menjadi tumpuan orang yang berkunjung di Mantin.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Cik Nur Fatin membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan menampal iklan homestay Mantin di kedai-kedai runcit dan kedai makan yang berdekatan sahaja. Kebanyakkan pelanggannya sekitar Selangor dan Negeri Sembilan sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM1000-RM1500 dan bergantung kepada keuntungan yang diperolehi mengikut musim cuti umum mahupun musim cuti sekolah sahaja. Sekiranya ada majlis perkahwinan berhampiran homestay beliau menjadi pilihan pengunjung. Tahap penggunaan ICT beliau hanyalah asas sahaja dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI1M bagi memajukan lagi perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1M :
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet 1Malaysia Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan berkenaan perkhidmatan homestay Mantin beliau di dalam laman web seperti di blogger serta Facebook. Cik Nur Fatin juga turut menggunakan https://www.airbnb.com/rooms/11873751 untuk memudahkan pelanggan dalam berurusan dengan memperolehi maklumat serta lokasi perkhidmatan homestay beliau melalui iklan yang dimuat naik. Beliau juga merasai penggunaan ICT dalam pengurusan perniagaan memudahkan urusan perniagaannya dari segi penerangan maklumat kepada pelanggan dan juga menjimatkan promosi perniagaan. Hingga kini, Cik Nur Fatin amat berpuas hati dengan cara pengiklanan di media sosial.
Lampiran Gambar :
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=65#sigFreeId092cd60588
LAKSA BUYONG IKAN SEKOR Nama : En. Khairul Nizam Bin Tasan Umur : 22 tahun Ahli : Ogos 2016 |
Latar Belakang :
Encik Khairul merupakan seorang usahawan warung kedai makan dan menu makanannya yang menarik adalah Laksa Buyong Ikan Sekor. Mula beroperasi sejak 3 tahun semenjak beliau sekeluarga berhijrah ke Nilai, Negeri Sembilan. En. Khairul mengusahakan warung ini dengan bantuan ahli keluarganya dan rata-rata pelanggannya sekitar kawasan perindustrian nilai serta Nilai 3. Waktu operasi kedainya bermula 11 pagi hinggalah waktu 6 petang dan tutup pada hari Selasa sahaja. Keunikkan makanan dan minumannya menarik minat pelanggan untuk berkunjung ke warungnya. Oleh itu, beliau mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai. Jarak antara warungnya hanya 5 kilometer sahaja dengan PI dan memudahkan beliau untuk berurusan.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Encik Khairul membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui kenalan Facebook dan sekitar kawasan perindustrian Nilai. Kebanyakkan pelanggannya sekitar kawasan perindustrian Nilai dan pengunjung yang membeli-belah di Nilai 3. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM1500-RM2500 dan bergantung kepada keuntungan kasar yang diperolehi hasil pelanggan yang makan di warungnya serta sekiranya hujan pelanggan turut berkurangan. Tahap penggunaan ICT beliau adalah sederhana mahir sahaja dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan berkenaan keunikan warungnya di dalam laman web seperti di Instagram serta Facebook dan membina satu pages khas mengenai perniagaan beliau. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat serta lokasi warung kedai beliau melalui iklan yang dimuat naik. Setelah beberapa minggu, warung beliau berjaya menarik pelanggan dari dalam dan luar dari Negeri Sembilan. Ada kalahnya, satu rombongan bas datang mengunjungi warung kedaia beliau. Secara tidak lansung pendapatan bulanan warung beliau mula meningkat sedikit demi sedikit iaitu antara RM2000 – RM 3500.
Lampiran Gambar :
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=65#sigFreeId1d8cb63579
MICROSOFT OFFICE DAN SUNTINGAN VIDEO Nama : Danish Daniel Bin Khairul Suhaimi Umur : 14 tahun Ahli : Ogos 2016 |
Latar Belakang :
Merupakan anak yang pertama daripada 4 orang adik beradik dan beliau sangat seka bermain komputer. Beliau suka membaca buku dan risalah melalui buku yang dimiliki olehnya. Beliau juga sering datang ke PI untuk mencari maklumat di internet sebagai pengetahuan beliau. Beliau pernah mengikuti kelas latihan ICT yang dijalankan di PI seperti 'Microsoft Office' dan kelas suntingan video.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI :
Saya mempelajari ilmu teknologi maklumat hanya di sekolah sahaja kerana di sekolah terdapat mata pelajaran komputer. Saya juga hanya boleh meluangkan masa di makmal komputer sahaja untuk melaksanakan tugas dan kerja sekolah. Saya mempunyai kemahiran yang asas dalam menggunakan komputer seperti menaip dan menggunakan internet untuk mencari maklumat pembelajaran.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :
Pusat Internet (PI) Taman Bukit Inai terletak berhampiran dengan kawasan tempat tinggal saya kira-kira 200 meter sahaja. Saya berjalan kaki bersama kawan-kawan untuk pergi ke PI Taman Bukit Inai . Saya telah mengikuti beberapa kelas latihan yang telah dijadualkan oleh petugas PI pada setiap bulan. Saya telah mempelajari pelbagai ilmu yang berkaitan dengan komputer. Petugas PI banyak membantu dan mengajar saya dalam meningkatkan lagi ilmu dan kemahiran dalam penggunaan komputer bermula dari pengenalan asas hingga yang lebih mahir. Saya juga telah mempelajari cara dan teknik menaip dengan betul dan pantas. Selain itu, saya juga mempelajari asas-asas penggunaan yang terdapat di dalam Microsoft Office antaranya Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point, dan Microsoft Office Excel. Tambahan pula, saya mempelajari cara untuk menyunting video dengan menggunakan perisian Windows Movie Maker. Selain itu, Saya dapat mengenal perisian dan perkakasan yang ada dan sering digunakan pada komputer.
Lampiran Gambar :
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=65#sigFreeId5fa519c408
PERKHIDMATAN PEMBERSIHAN JUTA BERSIH VENTURES Nama : En. Azman Bin Subhan Umur : 33 tahun Ahli : Ogos 2016 |
Latar Belakang :
Encik Azman merupakan seorang pengurus operasi bagi syarikat perkhidmatan pembersihan iaitu Juta Bersih Ventures. Beliau mula beroperasi sejak 2 tahun lalu dimana beliau mengambil tender-tender perkhidmatan melalui syarikat yang beliau bekerja sekarang. Beliau diberikan amanah untuk menjalankan pemberian perkhidmatan pembersihan yang merangkumi nilai tender bawah RM10,000.00. Oleh hal demikian, beliau membuka satu syarikat persendirian untuk memudahkan pelanggan untuk berurusan dan mendapatkan maklumat. Beliau memiliki lebih kurang 10 orang tenaga kerja dan diambil secara pekerja sementara. Beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Encik Azman hanya menjalankan tender-tender perkhidmatan pembersihan melalui syarikat tempat beliau berkerja. Beliau masih belum dapat menarik lagi pelanggan di sekitar kawasan Nilai. Pendapatan beliau bergantung pada keuntungan kasar yang diperolehi dan beliau juga perlu mengajikan pekerja di bawah penyeliaan beliau. Tahap penggunaan ICT beliau adalah sederhana mahir sahaja dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan berkenaan perkhidmatan pembersihan beliau di dalam laman web seperti di blogger serta Facebook. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat serta lokasi perniagaan beliau melalui iklan yang dimuat naik. Beliau juga merasai penggunaan ICT dalam pengurusan perniagaan memudahkan urusan perniagaannya dari segi penerangan maklumat kepada pelanggan dan juga menjimatkan promosi perniagaan.
Lampiran Gambar :
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=65#sigFreeIdc17ec9cbce