PRODUK KESIHATAN 'PRETTY CANDID' Nama : Puan Nor Asiah Bt Mat Umur : 30 tahun Ahli : Feb 2017 |
Latar Belakang :
Puan Nor Asiah Mat merupakan seorang usahawan produk kesihatan dan merupakan pengasas kepada produk kesihatan iaitu Prettycandid. Operasi perniagaan beliau di Dataran Dwi Tasik Bandar Sri Permaisuri dan sehingga kini beliau ingin melebarkan penjualan produknya ke seluruh negeri. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini selama 3 tahun dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan bandar. Oleh itu, beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti satu program keusahawan yang dianjurkan oleh petugas PI Taman Bukit Inai, Negeri Sembilan. Beliau berminat menyertai program ini kerana menambah ilmu perniagaan dalam memasarkan produk perniagaan secara atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Puan Nor Asiah memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk menghasilkan produk ini. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap sederhana mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut bengkel keusahawanan yang dikendalikan oleh pelatih dari MDeC iaitu Encik Wan Luqman Hakim di PI Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Selepas mengikuti bengkel keusahawanan selama 8 jam dan teknik-teknik pasaran online ICT yang dibimbing oleh penceramah terlatih dari MDeC daripada Encik Wan di Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk kesihatan yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook, Instagram dan beliau mempunyai blog khas mengenai perniagaan produk beliau. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk kesihatan yang beliau jual melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya menjual produk kesihatan beliau di luar kawasan Kuala Lumpur seperti negeri Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau.
Lampiran Gambar :
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=60#sigFreeId6410b5303e
KAFE SERI INAI, NILAI Nama : Puan Puziah Bt Shahudin Umur : 41 tahun Ahli : Oktober 2017 |
Latar Belakang :
Puan Puziah merupakan isteri kepada Tuan Haji Mohd Salleh bin Othman iaitu Pengerusi JKKK Kampung Batang Benar dan juga pengusaha restoran Sri Inai Cafe di Taman Bukit Inai, Negeri Sembilan. Beliau telah hampir 10 tahun mengusahakan restoran Sri Inai Cafe ini dan mengusahakan bersama suaminya Haji Salleh. Puan Puziah mengusahakan restoran ini yang rata-ratanya pelanggannya penduduk di sekitar Taman Bukit Inai dan warga kerja di perindustrian kilang di NIlai. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi pelanggan ke restoran beliau dan mempelbagaikan lagi menu makanan di kedai beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Puan Puziah membuat promosi kedainya secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan mengambil tempahan dari majlis-majlis penduduk setempat seperti kenduri kahwin, majlis perasmian dan kenduri kecil-kecilan. Hal ini kerana suami kepada Puan Puziah merupakan Pengerusi JKKK kampung Batang Benar dan beliau senang untuk berurusan dengan penduduk tempatan. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap sederhana dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai restoran Sri Inai Cafe ini. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan kedai beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan restoran Sri Inai Cafe di dalam laman web terutamanya di Facebook.com bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai restoran terbabit serta menu-menu menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau .Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan restoran beliau serta pelanggan yang hadir semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa. Hasil transformasi yang dilakukan dalam pengurusan restoran terbabit membuatkan pelanggan restoran beliau berpuas hati dengan menu makanan, pesekitaran dan khidmat mesra pelanggan yang diberikan.
Lampiran Gambar :
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=60#sigFreeId198dbe7315
PERKHIDMATAN PENCETAKAN 3D (ANABIZ SDN BHD) Nama : En. Mohd Lizam B. Mohd Ali Umur : 39 tahun Ahli : Oktober 2016 |
Latar Belakang :
En. Mohd Lizam B. Mohd Ali berusia 39 tahun merupakan seorang pereka bentuk mekanikal dan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan printer 3D. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini sejak 4 tahun lepas dan banyak berurusan dengan pereka bentuk 3D di sekitar kawasan Sepang, Selangor dan Nilai, Negeri Sembilan. Beliau telah menubuhkan satu syarikat di bawah nama Anabiz Maju Enterprise sebuah syarikat perkhidmatan yang menguruskan jual beli barangan 3D printer. Perniagaan beliau usahakan mempunyai masalah dalam mempromosikan perkhidmatan dan perniagaannya kerana bidang printer 3D memerlukan kos yang tinggi serta menggunakan peralatan yang canggih. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari internatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
En. Lizam seorang yang mahir terhadap penggunan komputer dan cuma beliau tidak mengetahui fungsi peranan PI ini dapat membantu dalam mengembangkan lagi perniagaan dari segi pengiklanan dan promosi. Beliau membuat promosi menggunakan laman web Mudah.my, laman Facebook dan kepada kenalan beliau sahaja. Kebanyakkan pelanggannya adalah dari ahli perniagaan berbentuk cetakan dan pengiklanan di sekitar Nilai, Negeri Sembilan dan Sepang, Selangor. Pendapatan beliau bergantung jualan produk printer 3D yang dijual kepada pelanggannya. Tahap penggunaan ICT beliau yang mahir dan ingin belajar menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perniagaan printer 3D lebih meluas dengan pendekatan menghasilkan satu blog khas bagi memberi maklumat lengkap kepada pelanggannya. Pelanggan lebih mudah berurusan dengan dapat melihat dan memilih peralatan printer 3D serta boleh menghubungi En. Lizam secara atas talian mahupun media sosial. Pelanggan turut boleh mengunjungi laman blognya di http://anabizmajuenterprise.weebly.com/ serta boleh mengunjungi laman Mudah.my di http://m.mudah.my/view?ad_id=51328242. Dengan hasil pembelajaran yang didapati, beliau kini dapat memasarkan produk beliau di luar kawasan dan dapat menjana pendapatan yang lebih tinggi berbanding sebelum ini.
Lampiran Gambar :
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=60#sigFreeIdc62dda224d
MICROSOFT OFFICE & MEDIA SOSIAL Nama : Siti Nur Alia Ewizurina Bt Shabari Umur : 12 tahun Ahli : Julai 2016 |
Latar Belakang :
Siti Alia merupakan pelajar tahun 6 di Sekolah Kebangsaan Batang Benar (SKBB) yang merupakan bakal calon UPSR pada tahun ini. Beliau rajin membut ulangkaji dan latihan di rumah namun pembelajaran beliau sangat terhad kerana tidak mempunyai nota-nota tambahan sebagai rujukan pembelajarannya.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI :
Saya sangat gemar bermain komputer kerana itu adalah hobi saya. Namun di rumah saya tidak ada komputer dan tidak ada capaian internet di rumah. Saya hanya dapat menggunakan komputer hanya pada waktu persekolahan sahaja iaitu di makmal komputer sekolah. Selain itu, saya juga tidak mahir dalam ilmu-ilmu komputer. Saya juga tidak mahir dalam menggunakan perisian-perisian yang ada pada komputer seperti microsoft office word dan microsoft office power point.
2. Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :
Saya berasa gembira apabila mengetahui bahawa terdapat Pusat Internet yang telah dibangunkan dan berhampiran dengan tempat tinggal saya. Saya juga telah dimaklumkan oleh rakan-rakan saya bahawa di situ ada menyediakan komputer dan internet untuk kemudahan komuniti setempat. Saya bertambah gembira lagi apabila PI tersebut menyediakan kelas latihan komputer dan beberapa perkhidmatan yang lain seperti mencetak, fotokopi dan laminate. Saya telah menyertai beberapa kelas yang telah dijadualkan oleh petugas PI dan kelas tersebut sangat membantu dan menjadikan saya lebih mahir dalam menggunakan komputer.
Lampiran Gambar :
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=60#sigFreeIdd4db4bcd61
SUNTINGAN VIDEO DAN MEDIA SOSIAL Nama : Nurul Ain Umairah Bt Mohammad Umur : 14 tahun Ahli : Oktober 2016 |
LATAR BELAKANG CALON :
Nurul Ain Umairah atau lebih dikenali dengan nama Aira merupakan pelajar tingkatan 2 dan bersekolah di SMK Dato' Mohd Said, Nilai. Beliau amat berminat dalam mendalami ilmu komputer terutamanya kemahiran menaip dan penggunaan internet. Beliau juga pernah menyertai beberapa program dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PI seperti pertandingan Klik Dengan Bijak (KDB) dan pertandingan dam haji semasa hari bersama komuniti 2016.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI :
Saya sering melayari internet, membuka youtube dan lain-lain semasa menggunakan komputer. Saya juga kurang mahir mengenaiilmu komputer dengan lebih mendalam kerana saya hanya mempunyai kemahiran asas komputer sahaja. Saya hanya menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan sekolah yang telah diberi oleh cikgu di sekolah. Saya kurang mahir dalam penggunaan komputer yang semakin moden di zaman teknologi ini.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :
Kini dengan wujudnya Pusat Internet (PI) Taman Bukit Inai segalanya menjadi mudah untuk diri saya melakukan sebarang tugasan dan kerja sekolah. Di samping itu, saya dapat mengenali dengan lebih dekat lagi ilmu komputer. Saya juga dapat mengenal pasti dengan lebih lanjut tentang kelebihan dan keburukan serta etika dalam penggunaan komputer. Tambahan pula, sayadapat melayari internet dengan membuka facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan yang lain. PI juga telah menyediakan perkhidmatan internet dengan kelajuan sebanyak 20mbps sebagai kemudahan pengguna-pengguna di PI. PI juga telah menyediakan kelas latihan ICT untuk komuniti supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam menggunakan komputer. Saya telah mempelajari asas-asas penggunaan yang terdapat di dalam Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point, dan Microsoft office Excel. Tambahan pula, saya mempelajari cara untuk menyunting video dengan menggunakan perisian Windows Movie Maker. Selain itu, saya dapat mengenal perisian dan perkakasan yang ada dan sering digunakan pada komputer.
Lampiran Gambar :
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan?start=60#sigFreeIdfb4917105a