BELAJAR MENAIP, INTERNET DAN PERKAKASAN KOMPUTER Nama : Mohamad Asyeed Saifullah Bin Mohd Fauzi |
Latar Belakang :
Mohd Asyeed merupakan seorang pelajar tingkatan 2 di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Mohd Said, Nilai. Beliau gemar akan menggunakan komputer setiap kali datang ke PI. Beliau telah banyak menghadiri kelas latihan kelas ICT yang dikendalikan oleh pihak PI1M. Beliau juga telah menyertai pelbagai program dan pertandingan yang dijalankan di PI seperti kelas asas menaip, kelas penggunaan internet dan bengkel Klik Dengan Bijak (KDB).
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI :
Mohamad Asyeed Saifullah Bin Mohd Fauzi hanya mempelajari ICT di sekolah sahaja. Beliau hanya mempunyai kemahiran asas komputer sahaja seperti asas menaip dan melihat video di youtube sahaja.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :
Setelah mengikuti beberapa kelas latihan ICT di PI Taman Bukit Inai, saya telah mengetahui serba sedikit ilmu pengetahuan mengenai penggunaan komputer dan internet dengan cara yang betul. Selain itu, saya juga mengetahui setiap maksud, singkatan perkataan dan juga fungsi perkakasan-perkakasan komputer. Di dalam kelas pengenalan asas komputer juga, saya juga telah mempelajari jenis komputer dan kategori-kategori komputer. Setelah mengikuti beberapa kelas latihan ICT, saya mula meminati dan ingin mendalami lagi ilmu komputer.
Lampiran Gambar :
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/52-kisah-kejayaan-bulan-september-2016#sigFreeId341c0bb2a5