ASAS MENAIP, MICROSOFT OFFICE DAN ENGLISH CENTRAL

Nama : Muhd Yusuf Ilham Bin Shabari

Umur : 12 tahun

Ahli   :  Julai 2016


Latar Belakang :

Saya merupakan pelajar tahun 6 dan mengambil peperiksaan Ujian penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. Saya mempunyai 2 orang adik beradik dan saya adalah yang sulung. Saya amat meminati penggunaan komputer dan internet terutamanya mencari maklumat sebagai bahan rujukan. 

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Sebelum wujudnya Pusat Internet, saya akan memenuhi masa saya dengan pergi ke pusat komputer yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal saya. Selain itu, saya juga pergi ke perpustakaan sekolah, untuk mendapatkan bahan rujukan tentang pembelajaran. Namun terdapat kekangan masa untuk melakukan semua hal tersebut dalam waktu yang sama kerana saya perlu mengisi dan membahagikan masa saya untuk perkara-perkara yang lain.  

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Alhamdulillah saya bersyukur kerana terdapat sebuah Pusat Internet yang telah dibuka berdekatan dengan kawasan perumahan saya. Saya boleh melakukan kerja pencarian maklumat di Pusat Internet dengan lebih banyak masa. Selain itu, saya boleh melakukan tugasan sekolah yang diberikan dengan mudah dan selesa. Perkhidmatan yang disediakan oleh Pusat Internet adalah sangat baik dan selesa. Petugas Pusat Internet juga memberi khidmat yang baik dan mesra pelanggan kepada pengguna yang hadir. Tambahan pula, saya mengikuti beberapa kelas latihan ICT yang dijalankan di Pusat Internet sebagai penambahan ilmu ICT. 

Lampiran Gambar

PENJUAL PRODUK MINUMAN KESIHATAN YAKULT

Nama : Puan Noor Masjuieetta Bt Khamis

Umur : 43 tahun

Ahli   :  18 Mei 2017


Latar Belakang :

Puan Noor merupakan seorang usahawan dan ejen produk minuman Yakult. Beliau memulakan perniagaan beliau di sekitar Taman Bukit Inai dan Nilai. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini baru 1 tahun dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan persekolahan di Nilai dan Mantin. Beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan perniagaan serta meningkatkan pendapatannya supaya dapat menarik lagi pelanggan beliau dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Noor memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di sekolah-sekolah serta program-program yang melibatkan penyertaan yang ramai orang dan rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk memperkenalkan produk ini. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut kelas keusahawanan yang dikendalikan oleh petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil pendapatan bulanan beliau hanya RM300.00 sahaja sebulan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan penjualan minuman yakult yang ingin dijual di dalam laman web terutamanya di Mudah.my dan Facebook.com. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai minuman yakult yang dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh Puan Noor di dalam media sosial. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan hasil jualan beliau dan hasil pendapatan beliau meningkat kepada RM 500.00 sebulan.

Lampiran Gambar

ASAS MENAIP, MICROSOFT OFFICE DAN ENGLISH CENTRAL

Nama : Muhammad Silmi Abshar Bin Mohd Saidi

Umur : 14 tahun

Ahli   :  Julai 2016


Latar Belakang :

Saya merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Antara hobi yang saya minati adalah menggunakan komputer. Saya kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak (SMKTS) iaitu di tingkatan 2. Di sekolah terdapat mata pelajaran teknologi maklumat dan komunikasi iaitu pembelajaran yang berkaitan dengan dunia teknologi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Semasa waktu persekolahan, saya sering pergi ke makmal komputer untuk menggunakan komputer. Tujuan saya ke sana adalah untuk mendalami lagi ilmu-ilmu komputer dengan mencari sumber-sumber rujukan pembelajaran melalui internet. Namun terdapat kekangan masa dalam penggunaan makmal komputer kerana saya akan pergi ke makmal komputer pada waktu yang lapang sahaja dan pada waktu ketiadaan kelas lain yang menggunakan makmal komputer tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya telah menerima khabar berita baik di kawasan berhampiran dengan tempat tinggal saya bahawa terdapat satu tempat khas yang menyediakan perkhidmatan untuk pembelajaran komputer iaitu di Pusat Internet. Saya berasa gembira dan bersyukur kerana Pusat Internet tersebut sangat dekat dengan tempat tinggal saya. Selain itu, Pusat Internet ada menyediakan pelbagai perkhidmatan lain selain daripada kelas pembelajaran komputer untuk komuniti setempat antaranya perkhidmatan internet, pencetakan, fotostat dan sebagainya. Saya boleh menggunakan peluang yang telah ada ini untuk ke sana dengan mencari bahan-bahan rujukan tambahan pembelajaran untuk mengulangkaji. Saya juga boleh pergi kesana pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang permasalahan. Di samping itu juga, saya boleh mengikuti kelas-kelas latihan yang telah diaturkan oleh pihak Pusat Internet secara percuma. Selain itu, caj bayaran yang dikenakan terhadap setiap perkhidmatan yang digunakan adalah murah berbanding harga luar. Pusat Internet juga menyediakan kemudahan ruang yang sangat cantik, berkualiti dan selesa untuk pengguna-pengguna yang datang menggunakan komputer.

Lampiran Gambar

PENJUAL PRODUK KECANTIKAN MARRY KAY

Nama : Puan Saadiahton Akhmar Bt  Ariffin

Umur : 41 tahun

Ahli   :  30 Nov 2016


Latar Belakang :

Puan Saadiahton merupakan seorang usahawan dan ejen produk kecantikan iaitu produk Marry Kay. Operasi perniagaan beliau di sekitar Taman Bukit Inai dan Nilai. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini baru 1 tahun dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan Taman Bukit Inai. Oleh itu, beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti satu program keusahawan yang dianjurkan oleh petugas pusat internet Taman Bukit Inai. Beliau berminat menyertai program ini kerana menambah ilmu perniagaan dalam memasarkan produk perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Saadiahton memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk memperkenalkan produk ini. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut bengkel keusahawanan yang dikendalikan oleh pelatih dari MDeC iaitu Encik Wan Luqman Hakim di pusat I nternet Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil pendapatan bulanan beliau hanya RM200.00 sahaja disebabkan kekangan masa dan membuat hanya kerja sampingan dan mempunyai pekerjaan utama yang perlu diuruskan.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Selepas mengikuti bengkel keusahawanan selama 14 jam dan teknik-teknik pasaran online ICT yang dibimbing oleh penceramah terlatih dari MDeC daripada Encik Wan dan bersama petugas di Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk kecantikan yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook dan Instagram. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk kesihatan yang beliau jual melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan hasil jualan produk kecantikan kepada RM400.00 sebulan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau.

Lampiran Gambar

 

PENGUSAHA RESTORAN SMALL PORTION CAFE

Nama : En. Rosdi Bin Haron

Umur : 34 tahun

Ahli   :  April 2018


Latar Belakang :

En. Rosdi merupakan pengusaha restoran Small Portion Cafe dan di Taman Mulia, Negeri Sembilan. Beliau mengusahakan kafe ini bersama isterinya iaitu Puan Noor Wahyu. Beliau baru membuka kafe ini selama 4 bulan namun pengalaman beliau telah hampir 5 tahun mengendalikan restoran dan katering sebelum ini membuatkan beliau membuka kafe sendiri.  Pelanggan-pelanggan beliau merupakan penduduk di sekitar Taman Mulia dan kafe beliau sedia menerima tempahan dari luar kawasan dan turut menyediakan penkhidmatan penghantaran.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En Rosdi membuat promosi kedainya secara kreatif dengan membuat pendekatan menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook serta kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat dan mengambil tempahan dari majlis-majlis penduduk setempat seperti kenduri kahwin, majlis perasmian dan kenduri kecil-kecilan. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap sederhana dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai restoran Small Portion Cafe ini. Kadar keuntungan kasar beliau sehari adalah RM 300.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap sederhana sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan kedai beliau kepada penduduk luar.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan restoran Small Portion Cafe di dalam laman web terutamanya di Facebook dan Instagram bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai restoran terbabit serta menu-menu menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau.Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan restoran beliau serta pelanggan yang hadir semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa. Pendapatan dalam sehari juga meningkat kepada RM600.00 sehari disebabkan oleh hasil transformasi yang dilakukan dalam pengurusan restoran terbabit membuatkan pelanggan restoran beliau berpuas hati dengan menu makanan, pesekitaran dan khidmat mesra pelanggan yang diberikan. 

Lampiran Gambar