PENJUAL KICAP CHAR KUEY TEOW ZENIA SERBAGUNA

Nama : Noor Wahyu Binti Mohd Nazri

Umur : 34 tahun

Ahli   : 18 April 2018


Latar Belakang :

Puan Wahyu merupakan pengusaha restoran Small Portion Cafe dan di Taman Mulia, Negeri Sembilan dan penjual kicap char kuey teow Zenia serbaguna. Beliau mengusahakan penjualan kicap ini selama 2 tahun bersama mengendalikan restoran dan katering dalam masa yang sama. Pelanggan-pelanggan beliau merupakan penduduk di sekitar Taman Mulia dan cafe beliau sukar menerima tempahan dari luar kawasan dan turut menyediakan penkhidmatan penghantaran. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi tempahan kicap serta pelanggan ke restoran beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Wahyu membuat promosi produk kicap Zenia kedainya secara kreatif dengan membuat pendekatan menggunakan media sosial seperti Instagram dan Facebook serta kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Pendapatan beliau dikatakan kurang memuaskan dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai kicap char kuey teow Zenia serbaguna ini. Kadar keuntungan kasar beliau sebulan adalah RM 400.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap sederhana sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan produk beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk kicap char kuey teow Zenia serbaguna ini dalam laman web terutamanya di Facebook, Instagram serta laman perniagaan Shopee bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai mahupun dari luar. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan penjualan produk beliau serta tempahan dari pelanggan semakin bertamabah. Pendapatan sebulan juga meningkat kepada RM800.00 disebabkan oleh hasil transformasi yang dilakukan dalam penjualan produk terbabit membuatkan pelanggan beliau berpuas hati dengan produk kicap char kuey teow Zenia serbaguna ini dan khidmat mesra pelanggan yang diberikan. 

Lampiran Gambar

USAHAWAN PRODUK WANGIAN (FRESHLAH)

Nama : Mohd Saiful Bin Mohd Shahri

Umur : 48 tahun

Ahli   : 21 Jun 2020


Latar Belakang :

Encik Saiful merupakan seorang usahawan dan ejen produk barangan wangian. Jualan perniagaan beliau di sekitar Nilai, Pajam dan Mantin. Beliau telah mengusahakan perniagaan ini baru 5 bulan dan rata-rata pelanggannya tertumpu di kawasan Taman Bukit Inai. Oleh itu, beliau telah mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti satu kelas latihan keusahawanan yang diaturkan oleh petugas pusat internet Taman Bukit Inai. Beliau berminat menyertai kelas latihan keusahawanan kerana menambah ilmu perniagaan dalam memasarkan produk perniagaan secara atas talian.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

En Saiful memulakan perniagaan beliau dengan membuat promosi di laman sosial seperti Facebook dan mempromosikan produk kepada rakan sahabatnya sahaja. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan berbanding dengan modal yang dikeluarkan untuk memperkenalkan produk ini. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut kelas latihan ICT dan kelas keusahawanan dijalankan oleh petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil dari penjualan beliau sebulan hanya RM200.00 sahaja.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Selepas mengikuti kelas latihan ICT dan kelas keusahawanan selama 10 jam dan bersama petugas di Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk wangian yang ingin dijual di dalam laman sosial terutamanya di Facebook dan platform perniagaan online Shopee. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kelebihan produk wangian yang beliau usahakan melalui iklan yang dimuat naik di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan hasil jualannya kepada RM500.00 sebulan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan hasil penjualan mula bertambah dengan hasil pengiklanan dan pertambahan permintaan dari pelanggan beliau.

Lampiran Gambar

KREATIVITI DAN MULTIMEDIA 

Nama : Muhd Hasnie Izwan Bin Samuni

Umur : 12 tahun

Ahli   :  Mei 2017


Latar Belakang :

Saya merupakan anak bongsu daripada 2 orang adik beradik. Saya merupakan seorang pelajar Sekolah Kebangsaan Batang Benar, Mantin yang terletak di Negeri Sembilan. Saya juga merupakan pelajar tahun 6 di sekolah itu dan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) pada tahun ini. 


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Untuk makluman, saya berasa sangat sukar untuk membuat ulangkaji pelajaran sama ada di sekolah mahu pun di rumah. Ini adalah kerana kemudahan yang disediakan adalah sangat terhad, terutamanya di sekolah. Walaupun terdapat perpustakaan di sekolah, namun jumlah bilangan buku yang ada untuk digunakan dan dipinjam adalah sangat terhad berbanding dengan bilangan pelajar di sekolah. Selain itu, saya juga mempunyai kekangan masa untuk belajar di rumah kerana terlalu banyak masa dihabiskan sewaktu di sekolah seperti kelas tambahan dan aktiviti sukan dan kelab persatuan pada waktu petang. Saya juga menggunakan cuti hujung minggu untuk menyiapkan kerja-kerja sekolah yang telah diberi oleh guru untuk disiapkan. Permasalahannya adalah, sekiranya terdapat kekeliruan dan pertanyaan terhadap tugasan yang diberi dan bagaimana cara untuk bertanya dan menyelesaikannya. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Alhamdulillah, saya berasa lega dan gembira kerana terdapat satu tempat yang boleh membantu dan menyelesaikan masalah saya dengan lebih cepat dan berkesan. Pusat Internet telah banyak memberi tunjuk ajar saya dalam pembelajaran dan menyiapkan tugasan-tugasan yang telah diberikan oleh guru di sekolah. Pusat Internet juga membantu saya tentang pembelajaran secara atas talian (E-Learning) melalui beberapa laman sesawang yang telah disediakan. Pusat Internet juga memudahkan lagi komuniti-komuniti di sekitar kawasan berhampiran dengan menyediakan perkhidmatan seperti internet, perkhidmatan percetakan dan kelas ICT dan usahawan bagi semua kategori.

Lampiran Gambar

E-Pembelajaran dan Video

Nama : Muhammad Arfan Sulaiman Bin Mohd Saidi

Umur : 16 tahun

Ahli   :  Julai 2016


Latar Belakang :

Saya merupakan anak kedua daripada empat orang adik-beradik. Antara hobi yang saya minati adalah menggunakan komputer. Saya kini belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak (SMKTS) iaitu di tingkatan 2. Di sekolah terdapat mata pelajaran teknologi maklumat dan komunikasi iaitu pembelajaran yang berkaitan dengan dunia teknologi.


Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Semasa waktu persekolahan, saya sering pergi ke makmal komputer untuk menggunakan komputer. Tujuan saya ke sana adalah untuk mendalami lagi ilmu-ilmu komputer dengan mencari sumber-sumber rujukan pembelajaran melalui internet. Namun terdapat kekangan masa dalam penggunaan makmal komputer kerana saya akan pergi ke makmal komputer pada waktu yang lapang sahaja dan pada waktu ketiadaan kelas lain yang menggunakan makmal komputer tersebut.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Saya telah menerima khabar berita baik di kawasan berhampiran dengan tempat tinggal saya bahawa terdapat satu tempat khas yang menyediakan perkhidmatan untuk pembelajaran komputer iaitu di Pusat Internet. Saya berasa gembira dan bersyukur kerana Pusat Internet tersebut sangat dekat dengan tempat tinggal saya. Selain itu, Pusat Internet ada menyediakan pelbagai perkhidmatan lain selain daripada kelas pembelajaran komputer untuk komuniti setempat antaranya perkhidmatan internet, pencetakan, fotostat dan sebagainya. Saya boleh menggunakan peluang yang telah ada ini untuk ke sana dengan mencari bahan-bahan rujukan tambahan pembelajaran untuk mengulangkaji. Saya juga boleh pergi kesana pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang permasalahan. Di samping itu juga, saya boleh mengikuti kelas-kelas latihan yang telah diaturkan oleh pihak Pusat Internet secara percuma. Selain itu, caj bayaran yang dikenakan terhadap setiap perkhidmatan yang digunakan adalah murah berbanding harga luar. Pusat Internet juga menyediakan kemudahan ruang yang sangat cantik, berkualiti dan selesa untuk pengguna-pengguna yang datang menggunakan komputer.

Lampiran Gambar

USAHAWAN KEK, ROTI DAN BISKUT

Nama : Puan Qistina Bt. Hussain

Umur : 35 tahun

Ahli   : 16 November 2019


Latar Belakang :

Puan Qistina merupakan seorang usahawan yang mengusahakan perniagaan kek, rotidan biskut secara kecil-kecilan sahaja. Puan Qistina merupakan seorang yang mahir dalam pembuatan kek dan roti telah memulakan perniagaan kek sejak 3 tahun lalu dimana mengambil tempahan dari penduduk tempatan sahaja. Puan Qistina ini juga telah mengusahakan penjualannya di sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin. Disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan beliau cuba menjual produk makanannya dikawasan pasaraya namun tidak berjaya. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Puan Qistina membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat, laman Facebook dan menggunakan laman web Instagram.  Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM500.00 sebulan dan bergantung kepada keuntungan yang diperolehi hasil daripada tempahan kek, roti dan biskut yang berjaya beliau jual kepada pelanggan. Tahap penggunaan ICT beliau tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas PI bagi memajukan lagi perniagaan beliau. 

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :

Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perniagaan kek, roti dan biskut yang ingin dijual di dalam laman web terutamanya di laman Facebook dan Instagram dengan lebih kreatif. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai pelbagai bentuk dan kreativiti Puan Qistina dalam pembuatan kek, rotidan biskut yang dijual melalui iklan yang dimuat naik oleh beliau di dalam laman sosial. Akhirnya, beliau berjaya meluaskan hasil jualan beliau di luar kawasan Negeri Sembilan seperti negeri Selangor dan Kuala Lumpur. Hasil pendapatan beliau juga turut meningkat kepada RM1500.00 sebulan. Dalam jangka panjang, beliau bercita-cita membuka sebuah kedai kek beliau sendiri bagi memudahkan pelanggan beliau mencari serta mencuba keunikkan hasil pembuatan kek, roti dan biskut Puan Qistina. Tambahan lagi, beliau dapat mempelajari pelbagai resepi kek dan roti lain dan cuba mempelajari perkara baru dengan membuat pelbagai kek yang menarik dengan penggunaan internet yang terdapat di pusat internet ini.

Lampiran Gambar