SUNTINGAN VIDEO DAN MEDIA SOSIAL Nama : Nurul Ain Umairah Bt Mohammad Umur : 14 tahun Ahli : Oktober 2016 |
LATAR BELAKANG CALON :
Nurul Ain Umairah atau lebih dikenali dengan nama Aira merupakan pelajar tingkatan 2 dan bersekolah di SMK Dato' Mohd Said, Nilai. Beliau amat berminat dalam mendalami ilmu komputer terutamanya kemahiran menaip dan penggunaan internet. Beliau juga pernah menyertai beberapa program dan pertandingan yang dianjurkan oleh pihak PI seperti pertandingan Klik Dengan Bijak (KDB) dan pertandingan dam haji semasa hari bersama komuniti 2016.
Sebelum Penggunaan ICT / Penglibatan PI :
Saya sering melayari internet, membuka youtube dan lain-lain semasa menggunakan komputer. Saya juga kurang mahir mengenaiilmu komputer dengan lebih mendalam kerana saya hanya mempunyai kemahiran asas komputer sahaja. Saya hanya menggunakan komputer untuk menyiapkan tugasan sekolah yang telah diberi oleh cikgu di sekolah. Saya kurang mahir dalam penggunaan komputer yang semakin moden di zaman teknologi ini.
Selepas Penggunaan ICT / Penglibatan PI :
Kini dengan wujudnya Pusat Internet (PI) Taman Bukit Inai segalanya menjadi mudah untuk diri saya melakukan sebarang tugasan dan kerja sekolah. Di samping itu, saya dapat mengenali dengan lebih dekat lagi ilmu komputer. Saya juga dapat mengenal pasti dengan lebih lanjut tentang kelebihan dan keburukan serta etika dalam penggunaan komputer. Tambahan pula, sayadapat melayari internet dengan membuka facebook untuk berhubung dengan rakan-rakan yang lain. PI juga telah menyediakan perkhidmatan internet dengan kelajuan sebanyak 20mbps sebagai kemudahan pengguna-pengguna di PI. PI juga telah menyediakan kelas latihan ICT untuk komuniti supaya dapat meningkatkan lagi kemahiran dalam menggunakan komputer. Saya telah mempelajari asas-asas penggunaan yang terdapat di dalam Microsoft Office Word, Microsoft Office Power Point, dan Microsoft office Excel. Tambahan pula, saya mempelajari cara untuk menyunting video dengan menggunakan perisian Windows Movie Maker. Selain itu, saya dapat mengenal perisian dan perkakasan yang ada dan sering digunakan pada komputer.
Lampiran Gambar :
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/133-celik-it-suku-tahun-ke-1-2017#sigFreeIdfb4917105a