TUKANG JAHIT PAKAIAN WANITA Nama : Puan Norsyafina Binti Shafiee Umur : 35 tahun Ahli : 14 Oktober 2020 |
Latar Belakang :
Puan Norsyafina merupakan seorang tukan jahit pakaian wanita di sekitar kawasan Mantin, Negeri Sembilan. Beliau telah mengusahakan perkhidmatan menjahit baju ini selama 3 tahun dan berbekalkan pengalaman beliau bekerja dalam sektor perkhidmatan kedai jahitan baju dan pakaian kanak-kanak. Kini, beliau mengusahakan sendiri kerana kekangan masa dalam menguruskan anak-anaknya dirumah. Namun tempahan yang diterima masih kurang dan perlu mencari cara dalam meningkatkan lagi permintaan baju khususnya dalam musim perayaan. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Puan Norsyafina membuat hebahan dan promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat, laman Facebook sahaja. Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM400.00 sebulan sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus pusat internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perkhidmatan di dalam laman web terutamanya di Facebook.com bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Mantin mahupun dari luar. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai perkhidmatan dan harga promosi menarik yang disediakan untuk pelanggan beliau. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan perkhidmatan jahitan beliau kepada RM1000.00 sebulan serta pelanggan semakin hari semakin bertambah dari masa ke semasa.
PEMBEKAL TONG GAS MIRA Nama : Mohammad Fariez Farhan Bin Md. Noor Umur : 25 tahun Ahli : 29 Jun 2020 |
Latar Belakang :
En. Fariez merupakan pembekal perkhidmatan tong gas jenama Mira di sekitar kawasan Mantin, Negeri Sembilan. Beliau terlibat dalam pembekal tong gas setelah ditamatkan perkhidmatan kerja asalnya disebuah kilang terdahulu. Beliau nekad mengeluarkan modal bagi menjadi pembekal tong gas dan hampir 1 tahun mengusahakan perkhidmatan ini. Kini beliau telah mempunyai pelanggan tetap yang rat-ratanya pengusaha kedai makan, kedai runcit dan penghantaran rumah ke rumah. Namun beliau juga mempunyai kekangan dalam melakukan pemasaran perkhidmatannya. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi jumlah pelanggan beliau. Oleh hal demikian, beliau mengunjungi Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
En. Fariez membuat promosi perkhidmatan penjualan tong gas ini secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui bertanyakan di kedai-kedai runcit dan restoran serta buah mulut penduduk setempat. Pendapatan beliau dikatakan pada tahap tidak memuaskan dan hanya segelintir penduduk luar mengetahui mengenai perkhidmatan penghantaran tong gas ini. Kadar keuntungan kasar beliau sebulan adalah RM 1000.00 sahaja. Tahap penggunaan ICT beliau tahap asas sahaja dan tidak mengetahui cara mengiklankan perkhidmatan beliau kepada penduduk luar. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan dan perkhidmatan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Melalui kelas latihan keusahawanan dan kelas-kelas ICT yang dibimbing oleh pengurus dan penolong pengurus Pusat Internet Komuniti Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perkhidmataan penghantaran tong gas beliau di dalam laman sosial terutamanya di Facebook bagi menarik pelanggan dari dalam kawasan Nilai serta Pajam. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai harga dan waktu penghantaran yang disediakan untuk pelanggan beliau. Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan lagi pendapatan beliau serta pelanggan yang semakin hari semakin bertambah. Pendapatan dalam bulanan juga meningkat kepada RM2500.00 sebulan.
USAHAWAN KAMBING PERAP MR. PEPPER Nama : Che Mohd Nordin Bin Che Ali Umur : 51 tahun Ahli : 20 Julai 2020 |
Latar Belakang :
En. Nordin merupakan seorang usahawan dan ejen Nilai bagi produk Kambing Perap Mr Pepper dan mengusahakan perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja. Beliau memulakan perniagaan ini selepas beliau telah ditamatkan perkerjaannya oleh majikan terdahulu pada bulan Mac 2020 lepas. Skop jualannya hanyalah tertumpu di kawasan sekitar Nilai, Pajam dan Mantin. Disebabkan hasil penjualan yang tidak memberangsangkan beliau cuba menjual produk makanannya dikawasan pasaraya namun tidak berjaya. Oleh hal demikian, beliau mengetahui cara berkesan dengan mengembangkan lagi perniagaan beliau melalui media sosial. Beliau mencari alternatif dalam memajukan lagi perniagaan serta sumber pendapatannya dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
En. Nordin membuat promosi secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat, laman Facebook dan menggunakan laman web Instagram. Kebanyakkan pelanggannya sekitar Nilai, Pajam, dan Mantin sahaja. Pendapatan beliau juga hanya sedikit iaitu sekitar RM400.00 sebulan dan bergantung kepada komisen keuntungan yang diperolehi hasil jualannya. Tahap penggunaan ICT beliau tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan pernigaan beliau. Oleh itu, beliau meminta pendapat serta tunjuk ajar melalui petugas-petugas pusat internet bagi memajukan lagi perniagaan beliau.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Melalui beberapa kelas ICT dan latihan keusahawanan yang dibimbing oleh petugas-petugas Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan produk makanannya di dalam laman web terutamanya di laman Facebook dengan lebih kreatif. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai kambing perap Mr Pepper dan harga setiap produk makanan jualannya. Akhirnya, beliau berjaya meluaskan hasil jualan beliau di sekitar Negeri Sembilan. Hasil pendapatan beliau juga turut meningkat kepada RM1500.00 sebulan. Tambahan lagi, beliau dapat mempelajari beberapa jenis perniagaan lain bagi menambahkan lagi pendapatan seisi keluarga beliau.
E-Pembelajaran dan Suntingan Video Nama : Muhammad Haikal Bin Mohd Rizal Umur : 14 tahun Ahli : 30 November 2016 |
Latar Belakang :
Saya merupakan seorang pelajar yang sedang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Semarak (SMKTS) di dalam tingkatan 2. Saya juga gemar bermain permainan secara atas talian dan sering menggunakan internet di telefon pintar untuk mencari maklumat pembelajaran.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Sebelum Pusat Internet dibuka, saya sentiasa mempunyai masalah internet yang sangat perlahan dan tidak lancar. Ini akan menyebabkan aktiviti yang saya lakukan tersekat-sekat dan tidak lancar kerana isyarat internet adalah sangat perlahan.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Apabila Pusat Internet telah dibuka operasi sepenuhnya, saya berasa gembira kerana Pusat Internet menyediakan pelbagai kemudahan kepada komuniti setempat. Antara kemudahan tersebut adalah capaian internet yang pantas, komputer, kelas latihan ICT dan usahawan serta mempunyai ruang yang selesa kepada pengunjung. Saya berpeluang untuk mempelajari ilmu ICT daripada petugas-petugas di Pusat Internet yang berpengalaman. Oleh kerana tahun hadapan saya akan menduduki peperiksaan PT3, saya dapat membuat ulangkaji pelajaran dengan lebih baik dan selesa di sini bersama rakan-rakan yang lain.
PENGUSAHA KEDAI GUNTING RAMBUT AHMADSONS Nama : Ahmad Azlizan Bin Azizan Umur : 34 tahun Ahli : 04 Ogos 2018 |
Latar Belakang :
En Ahmad Azlizan merupakan seorang usahawan yang mengusahakan kedai gunnting rambut. Kedai yang beliau usahakan didaftarkan atas nama Kedai Gunting Rambut Ahmadsons dan operasi perniagaan beliau terletak di Kampung Sungai Mahang di Nilai. Beliau baru mengusahakan perniagaan ini selama 8 bulan dan rata-rata pelanggannya dari kawasan kampong Sungai Mahang, Nilai dan Mantin. Oleh itu, beliau ingin mencari alternatif lain dalam memajukan lagi perniagaan serta pendapatannya dengan mengikuti beberapa kelas keusahawan yang dianjurkan oleh petugas pusat internet Taman Bukit Inai. Beliau amat berminat menyertai kelas keuasahwanan ini kerana menambah ilmu perniagaan dalam mengiklankan perniagaannya secara dalam atas talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
En Ahmad Azlizan memulakan perniagaan beliau dengan menawarkan perkhidmatan gunting rambut rumah ke rumah seterusnya membuat promosi di laman sosial seperti Facebook. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap kurang mahir dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut beberapa kelas keusahawanan yang dikendalikan oleh petugas-petugas di pusat Internet Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Hasil pendapatan bulanan beliau hanya RM500.00 sahaja disebabkan kekangan masa dan membuat hanya kerja sampingan dan mempunyai tanggungjawab sebagai MPKK Kampung Batang Benar.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
Selepas mengikuti beberapa kelas keusahawanan selama 12 jam dan teknik-teknik pasaran online ICT yang dibimbing oleh petugas-petugas di Pusat Internet Taman Bukit Inai, beliau kini boleh mengiklankan perkhidmatan gunting rambut beliau dalam laman sosial terutamanya di halaman pages Facebooknya. Hal ini demikian kerana pelanggan lebih mudah untuk berurusan dengan memperolehi maklumat mengenai harga dan tempahan temujanji sekiranya ingin mengunting rambut dengan beliau Akhirnya, beliau berjaya meningkatkan hasil pendapatan beliau kepada RM1200.00 sebulan. Tambahan lagi, ilmu yang dipelajari membolehkan beliau mempelbagai perkhidmatan beliau dari segi jualan produk minyak rambut serta mendapat maklum balas segera dari pelanggan dengan hasil mutu perkhidmatan beliau.