PERKHIDMATAN RUNCIT Nama : Syed Haja Alavudeen Khaleefullah Umur : 38 tahun Ahli : Mac 2018 |
Latar Belakang :
En. Syed seorang usahawan kedai runcit di kawasan Taman Bukit Inai, Negeri Sembilan. Beliau telah usahakan perniagaan ini selama 3 tahun dan kedai runcit beliau menjadi tumpuan penduduk di sekitar kawasan Taman Bukit Inai. Beliau mengusahakan perniagaan ini bersama isteri beliau. Walaupun kedai beliau menjadi tumpuan penduduk sekitar namun beliau menghadapai masalah dalam persaingan dengan kedai-kedai runcit yang lain serta pasar raya besar seperti Giant dan Tesco yang jaraknya lebih kurang 10 kilometer dari kedai runcitnya. Oleh itu, beliau mencari jalan bagaimana untuk meningkatkan lagi pendapatan supaya dapat menarik lagi pelanggan beliau dengan mengunjungi Pusat Internet Taman Bukit Inai untuk mempelajari ilmu dalam dunia pemasaran dalam talian.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI :
En. Syed membuat promosi perniagaannya secara kecil-kecilan sahaja iaitu melalui buah mulut penduduk setempat. Pendapatan beliau juga tidaklah begitu memberangsangkan dan beliau masih mempunyai masa yang terbatas antara menguruskan kedai dengan keluarga lagi. Tahap penggunaan ICT beliau di tahap asas dan ingin menggunakan cara lain dalam mengiklankan perniagaan beliau. Kadar jualan pada setiap setiap hari dalam lingkugan RM300.00 dan tidak memuaskan bagi beliau. Oleh itu, beliau telah mengikut latihan keusahawanan yang dikendalikan oleh pengurus dan penolong pengurus di PI Taman Bukit Inai bagi memajukan lagi perniagaan beliau. Beliau merupakan seorang pengguna kemudahan PI yang sangat baik dan sering meminta bantuan dalam diberikan tunjuk ajar dalam bidang ICT. Pada peringkat awalnya beliau sedang mengenal komponen-komponen komputer agar beliau mudah mahir dalam penggunaanya.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI :
http://tamanbukitinai.naditm.my/index.php/warga-pi1m/kisah-kejayaan/145-usahawan-2-suku-tahun-ke-1-2018#sigFreeIddd302f4fdb