Tarikh      :  14 & 15 Ogos 2021 (Sabtu & Ahad)

Masa       :  Jam 9.30 Pagi- 10.30 Pagi & 3.30 Petang - 4.30 Petang

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  Nur Rahilla Husna Bt Mohd Rahim


Tujuan :

Tuisyen ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar tersebut dalam pembelajaran dan meningkatkan pengetahuan serta memantapkan lagi kemahiran dalam teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Aktiviti :

Pelajar tersebut mengikuti kelas tuisyen online tersebut melalui bimbingan tenaga pengajar yang telah tersedia oleh pihak penganjur. Pelajar tersebut mendengar dan membuat latihan modul pengukuhan yang telah disediakan oleh guru tersebut.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  07 Ogos 2021 (Sabtu)

Masa       :  Jam 9.30 Pagi- 10.30 Pagi

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  Nur Rahilla Husna Bt Mohd Rahim


Tujuan :

Tuisyen ini dilaksanakan adalah untuk membantu pelajar tersebut dalam pembelajaran dan meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam teknik menjawab soalan-soalan peperiksaan.

Aktiviti :

Pelajar tersebut mengikuti kelas tuisyen online tersebut melalui bimbingan tenaga pengajar yang telah tersedia oleh pihak penganjur. Pelajar tersebut mendengar dan membuat latihan modul pengukuhan yang telah disediakan oleh guru tersebut.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  01 Ogos 2021 (Ahad)

Masa       :  Jam 2.30 Petang - 3.30 Petang

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  3 orang


Tujuan :

Taklimat ini dilakukan adalah untuk memberi maklumat dan syarat-syarat kepada peserta-peserta Pertandingan Usahawan Digital 2021 yang akan bertanding bermula 1 Ogos 2021 sehingga 30 November 2021.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet Komuniti mengadakan taklimat tersebut secara atas talian kerana memudahkan peserta-peserta pertandingan menghadirinya dikala pandemik covid19 ini masih berlaku. Petugas memberi beberapa informasi pertandingan kepada peserta usahawan berdasarkan 'slide' yang dibentangkan.

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  02 Ogos 2021 (Isnin)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  Rumah masing-masing

Peserta   :  1 orang


Tujuan :

Kelas asas shopee ini adalah bertujuan untuk membantu dan meningkatkan kemahiran para usahawan yang berniaga secara atas talian terutamanya di platform shopee dan bagi usahawan yang ingin memulakan perniagaan di shopee.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet Komuniti membuat hebahan melalui pengiklanan di beberapa media sosial seperti facebook, instagram dan whatsapp kepada komuniti setempat untuk menyertai kelas asas shopee tersebut. Petugas juga membantu peserta yang berminat untuk mendaftar sebagai peserta kelas tersebut. 

 Lampiran Gambar Aktiviti 


Tarikh      :  23 Julai 2021 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tengahari

Lokasi     :  PIK Taman Bukit Inai

Peserta   :  15 orang


Tujuan :

Perkongsian ilmu Klik Dengan Bijak (KDB) dan ICT ini adalah untuk membantu untuk membantu komuniti supaya peka akan keselamatan di dalam penggunaan internet dan dapat meningkatkan kemahiran ICT.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet Komuniti berkongsi maklumat KDB dan ICT di platform media sosial seperti 'whatsapp' dan 'facebook' sebagai hebahan maklumat kepada komuniti.

 Lampiran Gambar Aktiviti