|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan ringkas berkenaan perjalanan kursus yang akan dijalankan kepada para peserta berkenaan kursus pengenalan pemasaran yang melibatkan kerjasama antara Perkeso dan Alfa International University College.
Aktiviti :
Para peserta hadir ke Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Taman Bukit Inai dan membuat pengesahan pendaftaran kehadiran. Seterusnya, para peserta diberikan taklimat ringkas berkenaan Kursus Pengenalan Pemasaran oleh tenaga pengajar yang dilantik oleh Perkeso.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta terhadap langkah-langkah pencegahan denggi dan meningkatkan kemahiran para peserta di dalam pengiraan waktu dan masa.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi penerangan ringkas melalui makluman infografik tentang langkah-langkah pencegahan denggi. Para peserta juga diajar tentang waktu dan masa supaya dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di dalam waktu dan masa. Para peserta juga diuji melalui permainan kuiz atas talian untuk menguji tahap pemahaman para peserta sepanjang kelas berlangsung.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi kesedaran kepada para peserta tentang keselamatan pnggunaan internet terutamanya di media sosial. Para peserta juga diberi pengenalan ringkas berkenaan peribahasa dan maksud peribahasa supaya mudah digunakan di dalam penggunaan ayat.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi pengenalan ringkas berkenaan keselamatan internet kepada para peserta terutamanya di media sosial. Para peserta juga di ajar untuk mengenali peribahasa serta maksudnya dan diberikan latihan sebagai pemahaman para peserta.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengenalan tentang peraturan-peraturan di PEDi yang perlu diikut. Selain itu, peserta dapat mengetahui dan meningkatkan pengetahuan tentang jenis bentuk 3 dimensi dan cara pengiraannya.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi pengenalan ringkas berkenaan peraturan-peraturan PEDi yang perlu diikut oleh setiap pengguna yang datang ke PEDi. Para peserta juga di ajar mengenali jenis bentuk-bentuk 3 dimensi dan cara pengiraannya.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para peserta tentang kesedaran terhadap risiko bermain permainan atas talian. Selain itu, para peserta juga diberi pengetahuan berkenaan perkakasan-perkakasan komputer.
Aktiviti :
Petugas PEDi memberi pengenalan ringkas berkenaan risiko-risiko yang terdapat di dalam permainan atas talian kepada individu tersebut. Selain itu, petugas memberi pendedahan kepada para peserta berkenaan perkakasan-perkakasan asas komputer dan membuat aktiviti permainan 'wordwall' sebagai pemahaman peserta.