|
Tujuan :
Tujuan kelas advokasi ini dijalankan adalah untuk memberi pengetahuan kepada para peserta tentang kepentingan terhadap keselamatan internet terutamanya kepada pengguna-pengguna komputer. Selain itu, para peserta diajar tentang langkah-langkah untuk menjaga keselamatan komputer dan cara untuk mengelakkan komputer daripada dicerobohi oleh pengguna yang tidak dikenali. Tambahan pula, membantu para peserta dalam mengenalpasti kesahihan maklumat di media sosial sebelum membuat perkongsian maklumat.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas kepada para peserta berkenaan pengenalan modul advokasi iaitu klik dengan bijak dan portal Sebenarnya.my. Para peserta diajar tentang teknik-teknik keselamatan dalam penggunaan internet dan diajar untuk mengenalpasti terlebih dahulu kesahihan maklumat atau berita sebelum berkongsi di media sosial.
|
Tujuan :
Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada para peserta melatih diri dari segi kemahiran mewarna lukisan yang diberikan oleh petugas. Selain itu, meningkatkan kemahiran mewarna para peserta dan kreativiti dalam memilih warna yang dikenakan pada lukisan yang disediakan oleh petugas.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas kepada para peserta berkenaan syarat-syarat dan tempoh masa yang diberi untuk mewarna kepada para peserta. Para peserta akan dinilai dari aspek cantik dan kekemasan warna pada lukisan yang diberikan.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi latihan kepada para pelajar tentang kreativiti untuk mereka bentuk logo yang dihasilkan oleh para pelajar. Selain itu, menjana kemahiran dan idea daripada penghasilan logo yang mereka cipta.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas kepada para pengguna tentang pengenalan logo dan fungsi. Para pelajar juga turut diterangkan mengenai penggunaan 'tools' yang terdapat pada perisian 'online' yang digunakan. Para pelajar telah diberi satu tugasan untuk menghasilkan logo kedai makan berdasarkan kreativiti idea mereka.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada pelajar mengenai 'design'. Disamping itu juga, dapat melihat sejauh mana tahap kreativiti dan idea pelajar tersebut dalam penghasilan sesuatu logo.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas kepada pelajar tentang penggunaan perisian 'adobe photoshop'. Pelajar diberi taklimat ringkas tentang 'tools' yang ada pada perisian tersebut. Selain itu, pelajar diajar cara untuk memuat turun gambar dengan cara yang betul.
|
Tujuan :
Tujuan pemeriksaan kesihatan ini dilakukan adalah untuk melihat tahap rekod kesihatan para penggunan yang menggunakan aplikasi myhealth ini. Aplikasi My Health ini adalah digunakan untuk memeriksa tekanan darah para pengguna untuk mengelakkan diri daripada menghidap darah tinggi. Aplikasi ini amat membantu para pengguna dalam penjagaan kesihatan diri.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas kepada para pengguna tentang fungsi dan kegunaan aplikasi tersebut. Petugas juga memberi taklimat ringkas berkenaan langkah-langkah untuk menjaga kesihatan diri seperti dari aspek pemakanan dan senaman. Petugas menggunakan aplikasi tersebut untuk merekod data kesihatan para pengguna yang menggunakan aplikasi myhealth.