Tarikh      :  13 Julai 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00  Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  8 Orang


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk meningkatkan lagi kemahiran komunikasi dan tahap penguasaan para pelajar di dalam Bahasa Inggeris. Selain daripada itu, dapat membantu meningkatkan lagi pemahaman para pelajar dalam ayat-ayat Bahasa Inggeris. Ini juga dapat melatih para pelajar membiasakan diri dengan bacaan-bacaan artike atau buku yang menggunakan Bahasa Inggeris.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet membantu para pelajar dalam pembelajaran Bahasa Inggeris dengan mengajar para pelajar tersebut melalui kaedah penggunaan video. Para pelajar dilatih untuk menyebut perkataan-perkataan Bahasa Inggeris yang dipaparkan di dalam video dan diuji prestasi mereka semua melalui peratusan sebutan yang diskor oleh para pelajar.

Lampiran Gambar Aktiviti