|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi latihan kepada para pelajar tentang kreativiti untuk mereka bentuk logo yang dihasilkan oleh para pelajar. Selain itu, menjana kemahiran dan idea daripada penghasilan logo yang mereka cipta.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas kepada para pengguna tentang pengenalan logo dan fungsi. Para pelajar juga turut diterangkan mengenai penggunaan 'tools' yang terdapat pada perisian 'online' yang digunakan. Para pelajar telah diberi satu tugasan untuk menghasilkan logo kedai makan berdasarkan kreativiti idea mereka.
|
Tujuan :
Tujuan pemeriksaan kesihatan ini dilakukan adalah untuk melihat tahap rekod kesihatan para penggunan yang menggunakan aplikasi myhealth ini. Aplikasi My Health ini adalah digunakan untuk memeriksa tekanan darah para pengguna untuk mengelakkan diri daripada menghidap darah tinggi. Aplikasi ini amat membantu para pengguna dalam penjagaan kesihatan diri.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas kepada para pengguna tentang fungsi dan kegunaan aplikasi tersebut. Petugas juga memberi taklimat ringkas berkenaan langkah-langkah untuk menjaga kesihatan diri seperti dari aspek pemakanan dan senaman. Petugas menggunakan aplikasi tersebut untuk merekod data kesihatan para pengguna yang menggunakan aplikasi myhealth.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi latihan kepada para pelajar dalam penggunaan komputer, terutamanya dalam perisian 'Microsoft Word'. Para pelajar dapat mempraktikkan diri untuk membuat surat rasmi dengan cara menaip menggunakan komputer. Selain itu, para pelajar dapat mengetahui akan format-format untuk menghasilkan surat rasmi.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang 'Microsoft Word'. Para pelajar menggunakan enjin pencarian melalui 'google' untuk mencari format-format surat rasmi sebagai rujukan untuk memudahkan lagi tugasan mereka.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi latihan kepada Encik Basri dalam penggunaan komputer, terutamanya dalam perisian 'Microsoft Word'. Beliau dapat mempraktikkan diri untuk membuat resume dengan cara menaip menggunakan komputer. Selain itu, beliau dapat mengetahui akan maklumat-maklumat yang dikehendaki untuk menghasilkan resume.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi tunjuk ajar kepada Encik Basri tentang 'Microsoft Word'. Beliau juga diajar untuk menggunakan enjin pencarian melalui 'google' untuk mencari contoh-contoh resume yang sedia ada sebagai rujukan untuk memudahkan lagi tugasan beliau.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi latihan kepada pelajar-pelajar UPSR tentang teknik-teknik untuk menghasilkan karangan ulasan yang terbaik. Selain itu, meningkatkan lagi kemahiran para pelajar dalam mengembangkan idea dalam soalan berbentuk karangan.
Aktiviti :
Petugas Pusat Internet memberi soalan latihan kepada para pelajar untuk menguji sejauh mana tahap penguasaan mereka di dalam soalan karangan. Petugas juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara untuk menghasilkan rangka ulasan supaya mudah untuk para pelajar mengembangkan idea dan huraian semasa membuat karangan.