Tarikh      :  16 Oktober 2018 (Selasa)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 11.30 Pagi

Lokasi     :  Ruang Siber Pusat Internet

Peserta   :  Mohd Silmi Abshar Bin Mohd Saidi


Tujuan :

Pelaksanaan kelas ini adalah bertujuan untuk memberi latihan kepada pelajar tentang pengetahuan asas komputer dan asas pembangunan pengaturcaraan iaitu Hypertext Markup Language (HTML). 

Aktiviti :

Pelajar tersebut diberi penerangan ringkas tentang topik-topik yang diberikan. Pelajar tersebut diajar tentang asas HTML memalui laman sesawang w3school sebagai latihan praktikal.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  11 Oktober 2018 (Khamis)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  5 orang


Tujuan :

Pelaksanaan kelas ini adalah bertujuan untuk memberi latihan kepada para pelajar supaya lebih kreatif dalam membuat poster agar kelihatan cantik dan menarik. Selain itu, dapat membantu meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam menerapkan elemen-elemen multimedia seperti teks dan grafik yang dimasukkan ke dalam poster.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan ringkas oleh petugas Pusat Internet di dalam kelas tentang asas multimedia. Para pelajar dibantu oleh petugas dalam memberi idea dan konsep poster yang hendak dibuat. Selain itu, para pelajar diajar tetang cara-cara menggunakan perisian postermywall.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  29 September 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 orang


Tujuan :

Pelaksanaan kelas ini adalah bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan ilmu dari aspek penggunaan internet terutamanya di media sosial. Pada zaman kecanggihan teknologi masa kini adalah semakin merbahaya khususnya dalam perkongsian dan penerimaan sumber berita atau maklumat melalui media sosial seperti facebook, instagram dan sebagainya. Kelas ini membantu para pelajar supaya mengesahkan terlebih dahulu sumber atau maklumat yang diterima oleh mereka sebelum membuat sebarang perkongsian maklumat.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan ringkas oleh petugas Pusat Internet di dalam kelas tersebut. Para pelajar diajar untuk menetapkan tetapan keselamatan di dalam akaun media sosial masing-masing supaya tidak dapat dicerobohi oleh pengguna-pengguna yang tidak dikenali.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  30 September 2018 (Ahad)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 orang


Tujuan :

Pelaksanaan kelas ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pengguna-pengguna komputer supaya tidak ketagih dengan penggunaan internet. Selain itu, para pengguna dapat mengetahui peranan dan fungsi utama bagi penggunaan internet. Tambahan pula, dapat melatih para pengguna dalam menggunakan internet dengan cara yang betul.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan oleh petugas Pusat Internet di dalam kelas tersebut. Para pelajar diajar tentang konsep-konsep penggunaan komputer dengan betul. Selain itu, para pelajar di ajar tentang etika penggunaan komputer dan internet.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  22 September 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 3.00 Petang - 5.00 Petang

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  7 orang


Tujuan :

Pelaksanaan kelas ini adalah bertujuan untuk memberi tunjuk ajar kepada para pelajar tentang teknik-teknik memindahkan maklumat daripada internet kepada Microsoft Word. Selain itu, melatih para pelajar dalam membuat tugasan pembentangan berdasarkan tajuk yang telah diberikan oleh petugas Pusat Internet. Para pelajar juga dapat mengasah kemahiran dalam penyampaian idea semasa membuat pembentangan tugasan.

Aktiviti :

Para pelajar diberi penerangan ringkas terlebih dahulu oleh petugas Pusat Internet di dalam kelas tersebut. Seterusnya, para pelajar diberi tunjuk ajar oleh petugas tentang langkah-langkah untuk memindahkan maklumat seperti artikel dan gambar daripada internet kepada Microsoft Word. Para pelajar diberi tugasan berdasarkan tajuk yang diberikan untuk membuat pembentangan secara berkumpulan.

Lampiran Gambar Aktiviti