Tarikh      :  18 Ogos 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 11.00 Pagi - 1.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  7 Orang 


Tujuan :

Tujuan kelas ini dijalankan adalah untuk memberi pendedahan dan latihan kepada para pelajar tentang penggunaan perisian 'power point'. Selain itu, memberi latihan kepada para pelajar dalam kemahiran komunikasi untuk pembentangan tugasan. 

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi penerangan dan latihan praktikal kepada para pelajar tentang cara-cara penggunaan 'power point'. Para pelajar diberi tugasan dan perlu melakukan pembentangan  secara individu berdasarkan tajuk yang diberi oleh petugas.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  04 Ogos 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 12.00 Tghari - 1.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang 


Tujuan :

Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk membantu para peserta dalam penggunaan komputer terutamanya dalam latihan menaip. Para peserta diuji untuk melihat sejauh mana tahap kepantasan mereka dalam menaip. Tambahan pula, membantu para peserta untuk membiasakan jari mereka dalam menaip.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas berkenaan pertandingan menaip terpantas. Para peserta diberi masa yang telah ditetapkan untuk menaip sepanjang pertandingan tersebut  dijalankan. Para peserta yang paling banyak menaip dengan betul dan mempunyai markah yang paling tinggi adalah dikira sebagai pemenang.  

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  04 Ogos 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 12.00 Tghari - 1.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  8 Orang 


Tujuan :

Tujuan kelas usahawan ini dijalankan adalah untuk memberi perkhidmatan dan latihan keusahawan kepada para usahawan. Para usahawan diberi latihan tentang cara untuk menambahkan pendapatan perniagaan mereka. Tambahan pula, mereka diajar tentang cara merekabentuk poster promosi produk dan cara untuk memuatnaik produk di media sosial.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet telah menjemput seorang usahawan untuk memberi ceramah tentang menjana pendapatan dalam kalangan usahawan dan kesihatan diri dalam pemakanan. Selain itu, penceramah menunjukkan video berkenaan tips penjagaan kesihatan diri.

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  04 Ogos 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 12.00 Tghari - 1.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  8 Orang 


Tujuan :

Tujuan pertandingan ini dijalankan adalah untuk membantu para peserta dalam penggunaan komputer dan internet. Selain itu, menguji kepantasan dan ketangkasan para peserta dalam menyusun semula puzzle yang diberikan supaya dapat menghasilkan gambar yang sebenar pada puzzle tersebut.  

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi penerangan ringkas berkenaan pertandingan puzzle tersebut dan memberi tunjuk ajar kepada semua peserta tentang cara-cara untuk bermain permainan tersebut. Para peserta diberi kelonggaran untuk menggunakan 'clue' supaya memudahkan para peserta untuk menyusun puzzle tersebut. 

Lampiran Gambar Aktiviti


Tarikh      :  04 Ogos 2018 (Sabtu)

Masa       :  Jam 11.00 Pagi - 12.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  10 Orang 


Tujuan :

Tujuan permainan kahoot ini dijalankan adalah untuk menguji tahap pemahaman dan kepantasan para peserta tentang pembelajaran di dalam kelas dashboard yang telah disampaikan oleh petugas Pusat Internet semasa sesi taklimat. Selain itu, untuk melihat sejauh mana kepantasan para peserta dalam menjawab soalan tersebut.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet memberi penerangan tentang cara untuk menjawab soalan dalam permainan ini kepada para peserta. Para peserta di benarkan bermain menggunakan komputer atau telefon pintar mereka sendiri untuk menjawab soalan tersebut. Para peserta diberi soalan-soalan objektif yang berkaitan dashboard komuniti.  

Lampiran Gambar Aktiviti