|
Tujuan :
Peserta menggunakan applikasi 'online' untuk mengisi borang permohonan perkahwinan melalui laman sesawang Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS). Dengan adanya aplikasi 'online' ini akan dapat memudahkan lagi urusan permohonan peserta tersebut supaya lebih cepat dan menjimatkan masa serta tenaga.
Aktiviti :
Peserta tersebut dibantu oleh petugas Pusat Internet yang bertugas tentang cara-cara untuk membuat permohonan dan mengisi borang pernikahan secara 'online'. Petugas memberikan penerangan ringkas mengenai laman sesawang tersebut.
|
Tujuan :
Peserta dapat mempelajari penggunaan 'Microsft Office : Excel' dengan lebih baik dan cepat. Kerja-kerja yang dilakukan akan menjadi mudah dan lebih tersusun.
Aktiviti :
Peserta tersebut membuat tugasan tersebut dengan menggunakan 'Microsoft Excel' sebagai medium kerja. Peserta tersebut memasukkan data ke dalam perisian tersebut agar lebih tersusun dan kemas.
|
Tujuan :
Pembelajaran ini adalah untuk membantu pelajar untuk membuat jadual kelas sebagai kemudahan dan persediaan pelajar untuk mengemaskini pengurusan jadual mereka supaya lebih tersusun.
Aktiviti :
Pelajar tersebut membuat jadual kelas dengan menggunakan perisian 'Microsoft Excel'. Sepanjang pembuatan jadual kelas tersebut, pelajar telah dibantu oleh petugas Pusat Internet dengan mengajar asas-asas 'Microsoft Excel' terlebih dahulu. Selain itu, petugas membantu pelajar dari segi kesilapan (error) yang ada pada jadual tersebut.
|
Tujuan :
Tujuan tersebut adalah untuk memberi tunjuk ajar kepada pelajar tentang cara untuk mendapatkan gambar melalui 'online'. Selain itu, memberi panduan kepada pelajar tentang cara memuat turun gambar dan memindahkan maklumat daripada 'online' ke 'microsoft word'.
Aktiviti :
Pelajar tersebut membuat carian gambar daripada 'google' dan memuat turun gambar yang dikehendaki daripada 'online' dan memindahkan gambar tersebut ke dalam 'microsoft word' melalui tunjuk ajar petugas Pusat Internet. Pelajar juga diajar cara untuk 'crop' gambar menggunakan 'microsoft word'.
|
Tujuan :
Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada para peserta tentang langkah-langkah dalam membuat video dari permulaan rakaman video sehingga ke bahagian suntingan video. Selain itu, melatih para peserta untuk berfikir dan memberi idea dalam setiap perancangan video yang dijalankan.
Aktiviti :
Petugas memberikan tugasan kepada para peserta berdasarkan tema yang telah ditetapkan. Para peserta membuat perbincangan dalam kumpulan tentang tema yang diberikan dan merancang rangka cerita tersebut untuk menjadikan sebuah video yang menarik. Seterusnya, para peserta diajar melakukan suntingan video melalui perisian 'filmora'.