Tarikh      :  21 September 2018 (Jumaat)

Masa       :  Jam 10.00 Pagi - 12.00 Tghari

Lokasi     :  Bilik Latihan PI Taman Bukit Inai

Peserta   :  Usahawan Bantal Hotel (3 orang)


Tujuan :

Tujuan kelas ini dilaksanakan adalah untuk membantu para usahawan dalam mempromosikan produk jualan mereka di alam maya seperti facebook, instagram dan website. Para usahawan juga dapat mengembangkan lagi jualan produk mereka di khalayak orang ramai dan meningkatkan lagi pendapatan para usahawan.

Aktiviti :

Petugas Pusat Internet menerangkan fungsi dan peranan utama Pusat Internet kepada pengguna-pengguna setempat. Petugas Pusat Internet juga mengajar para usahawan untuk membangunkan emel sebagai medium perantaraan sebelum membangunkan laman sesawang (website). Para usahawan juga diajar tentang teknik mudah dalam membangunkan laman sesawang iaitu menggunakan wix.com.

Lampiran Gambar Aktiviti